Isnin, 14 Februari 2011

Laman web PAS PRK Merlimau dilancar

Ahmad Danial

JASIN: Portal rasmi PAS Pilihan raya Kecil (PRK) Merlimau yang dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menjadi sumber maklumat semua pihak berkaitan isu-isu PRK Merlimau, aktiviti kempen dan sebagainya.

Demikian kata Timbalan Pengerusi Jentera II Penerangan PAS Pilihan raya Kecil (PRK) Merlimau, Yusof Wahab.

Yusof berkata portal itu boleh dilayari di alamat http://pasprkmerlimau.blogspot.com yang akan dikemaskini dari masa ke semasa bagi memastikan ianya menjadi sumber terkini kepada semua pihak.

Beliau berkata jadual harian calon, penjelasan kepada isu semasa, kenyataan media calon dan pimpinan juga akan dimuatkan di portal tersebut.

Selain itu, Yusof berkata pihaknya juga menyediakan kemudahan kepada media di mana sidang media rasmi akan diadakan di Markas Induk PRK Merlimau di Taman Muhibbah.

Yusof berkata sidang media itu akan diadakan dari masa ke semasa dan pihak media boleh mendapatkan maklumat tentang sidang media dari portal rasmi PRK Merlimau di talian 012-9188574.

Tiada ulasan: