Khamis, 10 Februari 2011

BN lantik veteran MCA 'pancing' undi Cina

Kuek Ser Kuang Keng

Dalam memperkukuhkan usaha menawan Selangor pada pilihan raya umum akan datang, BN melantik pemimpin veteran MCA, Datuk Yap Pian Hon sebagai ketua publisiti.

Ini adalah kali pertama pemimpin MCA dibenarkan menerajui jentera publisiti BN yang secara tradisionalnya dikuasai oleh pemimpin Umno di negeri-negeri lain.

NONEYap yang dihubungi hari ini juga melahirkan rasa terkejutnya berhubung pelantikan itu yang berkuatkuasa 10 Januari lalu.

Surat pelantikan itu dikeluarkan bulan lalu oleh perdana menteri yang juga pengerusi BN, Datuk Seri Najib Abdul Razak, atas kapasitinya sebagai ketua BN Selangor.

“BN kini adalah pembangkang di Selangor. Biro publisiti ditugaskan mengumpul maklumat, menganalisisnya, memantau pentadbiran negeri pimpinan Pakatan Rakyat dan mendedahkan segala kelemahan dan kepincangannya,” kata Yap.

"Ini bagi membolehkan rakyat Selangor memahami dan menilaikan sendiri sesuatu situasi berhubung sama ada kerajaan negeri meletakkan kepentingan rakyat di depan ataupun agenda politik mereka.”

Tidak mencukupi

Selain itu, biro berkenaan juga dipertanggungjawab menyelaras kerja-kerja publisiti di kalangan parti-parti komponen BN bagi memastikan penyebaran maklumat dipertingkatkan.

NONE"Publisiti yang dikeluarkan oleh BN Selangor sejak beberapa tahun lalu tidak mencukupi,” akui Yap yang telah berkhidmat selama sembilan penggal sebagai wakil rakyat baik di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Beliau akan beroperasi dari bangunan ibu pejabat BN Selangor di Shah Alam dan dibantu oleh beberpa kakitangan sepenuh masa.

Meskipun portfolio Yap merangkumi semua aktiviti publisiti BN di Selangor, adalah dipercayai Najib melantik pemimpin veteran itu untuk mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada BN. Ini dianggap penting, dalam menawan semula Selangor yang tumbang kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008.

Yap, yang membesar di kampung baru Cina amat disenangi di kalangan akar umbi dan masyarakat tempatan kerana beliau mudah didampingi.

yap pian hon annouce contest for mca vice president post pc 260908 01Meskipun digugurkan sebagai calon MCA pada pilihan raya 2008, beliau tetap mengendalikan pusat perkhidmatannya di Serdang, kawasan parlimen yang diwakilinya sebelum itu.

Yap dilantik sebagai ADUN Serdang selama enam penggal daripada 1969 dan kemudiannya sebagai ahli parlimen Serdang, apabila kerusi itu dinaik taraf sebanyak tiga penggal sehingga 2008.

Beliau adalah naib presiden MCA untuk tiga penggal berturut-turut dari 1990-1999.

Usahanya untuk dilantik semula pada 1999, 2005 dan 2008 - setiap kali gagal.

Tiada ulasan: