Sabtu, 5 Februari 2011

KPDNKK gesa orang ramai lapor kekurangan susu pekat manis

BERNAMA

GEORGE TOWN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang menggesa peniaga dan orang ramai melaporkan masalah kekurangan bekalan susu pekat manis di negeri ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya M. Guna Selan menggesa demikian ketika mengulas laporan akhbar hari ini berhubung kenaikan harga susu pekat manis di Butterworth ekoran dakwaan pemborong sukar memperolehi barangan itu kerana kekurangan stok.

Sekotak 48 tin susu pekat manis yang sebelum ini dijual dengan harga RM93 kini berharga RM108.

Guna Selan berkata susu tersebut dijual mengikut harga pasaran semasa kerana barangan itu tidak termasuk dalam Skim Kawalan Harga kerajaan.

Tiada ulasan: