Isnin, 14 Februari 2011

Koh gesa komponen BN henti tuntut kerusi pilihan raya

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meminta semua pihak berhenti membuat tuntutan terbuka berhubung peruntukan kerusi pilihan raya kerana ia akan menghalang semangat kerjasama di kalangan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak setuju kalau tuntutan seperti ini dibuat secara terbuka sebab kalau setiap parti komponen secara terbuka menuntut kerusi itu dan ini, maka akan timbul kekecohan.

“Kalau ada hasrat yang ingin disuarakan, mereka boleh suarakan dan gunakanlah saluran dalaman yang ada, tetapi kalau dibuat secara terbuka ia adalah tidak tepat dan tidak patut berlaku sedemikian,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Gerakan Bahagian Batu di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Rizuan Hamid baru-baru ini yang meminta peruntukan kerusi Parlimen Kepong yang selama ini ditandingi Gerakan diberi kepada MCA pada pilihan raya umum akandatang.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata walaupun Gerakan tidak pernah menang di kawasan yang dipegang DAP itu, parti itu pernah beberapa kali kalah dengan majoriti yang sangat kecil.

“Memang pada pilihan raya umum Mac 2008, jurangnya besar tetapi begitu juga dengan banyak kawasan lain termasuk semua kawasan parti komponen (BN) yang ada di bandar atau tidak,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan pihak-pihak tertentu yang cuba mengikut langkah penduduk Mesir yang berdemonstrasi dalam usaha menggulingkan pemerintah, Koh berkata rakyat Malaysia berfikiran matang dan tidak sukakan keganasan.

“(Demonstrasi) ini telah berlaku pada 1998 di negara ini dengan bermulanya apa yang dikatakan reformasi, tetapi ia ditolak rakyat.

“Rakyat Malaysia tidak suka cara ganas tetapi sukakan keamanan dan mereka akan pilih dengan undi sesiapa yang mereka sokong,” katanya.

10 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Rakyat perlu mengundi parti yang dimahukan.

zam berkata...

adalah lebih baik jika semua komponen foukus terhadap tugas kepada rakyat.

elia berkata...

Bekerjasama antara sesama. Jangan pentingkan parti sendiri tetapi pentingkan parti bersama.

elia berkata...

Biarlah bekerja dengan cara yang profesional. Jangan lakukan kesilapan, kerana musuh akan sentiasa mencari peluang untuk menikam.

Paquin berkata...

Biarlah rakyat yang tentukan siapa yang layak dapat kerusi tu.

Paquin berkata...

Appaun tumpukanlah perhatian pada kebajikan rakyat. Soal lain tu bawa2 berunding jangann sampai hal ni jadi isu pula.

Tanpa Nama berkata...

apa sahaja perkara yang boleh mengundang spekulasi negatif atau gambaran negatif terhadap parti sepatutnya diselesaikan secara tertutup lebih2 lagi jika perkara itu timbul dikalangan parti komponen.

Tanpa Nama berkata...

kepada pemimpin atau parti politik di negara ini, tidak perlulah menghasut rakyat untuk melakukan kekecohan seperti yang berlaku di Mesir. jangan disebabkan terlalu mengidamkan jawatan kabinet, rakyat pula dijadikan mangsa untuk mencapai cita2 itu.

Hosie Masie berkata...

Itu sudah pasti, rakyat Malaysia tidak sukakan cara keganasan tapi mereka lebih kepada sokongan kepada orang yang mereka rasakan mampu untuk membantu mereka.

tombolo berkata...

tak perlulah nak berebut kerusi, masing2 akan ditentukan kerusi. lebih baik bekerjasama dalam membentuk jentera partii.