Rabu, 9 Februari 2011

KLINIK TRONGLIT TIADA BEKALAN ELEKTRIK

SABAH KINI

ROSAK... Arbi (kiri) dan Ketua kampung Tronglit sedang memeriksa generator yang rosak di Klinik Kesihatan.

Oleh: MUTALIB M.D

PENDUDUK Kampung Tronglit, Pulau Timbang kecewa kerana terpaksa bersesak dalam keadaan kepanasan disebabkan Klinik Kesihatan mereka yang dibina bersebelahan Dewan Serbaguna dan Balai Raya Kampung Tronglit tidak mempunyai bekalan elektrik.

Pengerusi JKKK Kampung Tronglit, Arbi Alim ketika menghubungi Sabahkini.net mengesahkan sehingga kini klinik berkenaan hanya mempunyai bekalan elektrik tidak menentu hanya pada waktu malam melalui generator yang lebih banyak rosak daripada berfungsi.

“Kalau boleh, kita merayulah kepada Kementerian Kesihatan agar dapat mengatasi masalah ini kerana kanak-kanak rimas dan banyak peralatan tidak dapat digunakan disebabkan tidak mempunyai bekalan elektrik,” ujar Arbi yang mencadangkan agar Klinik Kesihatan berkenaan menggunakan bekalan elektrik solar mesra alam sebagaimana yang digunakan di Balairaya dan Dewan Serbaguna.


RIMAS.... Pesakit yang mendapat rawatan agak rimas kerana panas dan gelap.

Kata Arbi, bekalan elektrik solar yang dipasang berdekatan balairaya hanya cukup untuk kegunaan masjid dan balairaya, manakala Dewan Serbaguna dan Lampu di jambatan menggunakan tenaga solar berasingan; namun tidak mampu menampung kegunaan klinik.

“Jadi kita minta agar kerajaan membina elektrik solar sama dengan yang kami gunakan di balairaya, masjid dan jambatan dan bukannya seperti yang digunakan di sekolah Pulau Timbang,” rayu Arbi yang agak kesal kerana generator yang dibekalkan di klinik sering kehabisan minyak dan malar mengalami kerosakan serius.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin ketika ditemui dalam satu majlis rasmi di Sandakan baru-baru ini memberi jaminan akan menyiasat aduan berkenaan dan dalam masa yang sama mengarahkan Jabatan Kesihatan Sandakan menaiktaraf bekalan elektrik di klinik berkenaan.

“Kita akan siasat segera dan atasi masalah tersebut,” ujar Rosnah tetapi disampuk Adun Sekong, Datuk Haji Samsuddin Yahya bahawa pihaknya membantah penggunaan generator sebaliknya mencadangkan penggunakan elektrik solar sebagaimana yang digunakan di jambatan, balairaya, dewan serbaguna dan masjid.

20 ulasan:

mantra berkata...

sungguh menyedihkan jika klinik tiada bekalan elektrik, ia bukan sahaja kurang selesa kerana panas dan gelap, malah hendak melakukan rawatan jg sukar. pihak berwajib perlu tmpil selesaikan masalah ini demi keselesaaan dan kemudahan klinik tersebut.

azman berkata...

harap masalah tersebut dapat diatasi dengan segera bagi memberikan keselesaan kepada penduduk yang pergi ke klinik tersebut.

azman berkata...

ketiadaan bekalan elektrik menyebabkan ada peralatan tidak dapat digunakan. harap perhatian dapat diberikan.

Mohd Ishak berkata...

Diharapkan masalah bekalan elekrik akan ditangani.

songkilou berkata...

Isu ini telah dikemukakan dan juga telah diketahui oleh Timbalan Menteri Kesihatan, diharap masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan segera.

songkilou berkata...

Suarakan mana2 masalah yang timbul, sudah pasti akan mendapat perhatian dari kerajaan. Saya juga pasti usaha untuk menyelesaikan msalah itu juga akan diambil dengan segera.

mandau berkata...

bagaimana rawatan pesakit nak dilakukan jika bekalan elektrik tiada? masalah ini perlu diselesaikan.

Hosie Masie berkata...

Harap masalah ini dapat ditangani. sepatutnya jika perkara begini selalu berlaku, cuba gantikan tempat menunggu itu dikawasan kaki lima yang ada angin. Seperti di Ulu Sugut Ranau. Klinik Kesihatannya memang mempunyai kaki lima yang panjang dan ada kerusi. Maka disanalah para pesakit menunggu. Jadi mungkin masalah panas itu dapat diatasi.

Sanih Alias berkata...

Semoga masalah sebegini akan dapat diselesaikan. macam mana kesihatan penduduk terjaga kalau masalah utama klinik tidak dapat diselesaikan.

Tanpa Nama berkata...

Datuk Rosnah sendiri perlu pastikan apa yang beliau katakan itu benar2 dapat dan akan dilaksanakan. masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan lebih lama kerana perkhidmatan klinik sentiasa diperlukan.

onong berkata...

Bagaimana hal ini boleh berlaku tanpa disedari?

Nemia berkata...

This thing shouldn't be happened in a clinic.

Velove berkata...

Jangan biarkan pihak berwajib lalai dalam tugas.

Paquin berkata...

Kesian juga ni. Orang yang sakit bukan sihat cepat malah tambah sakit. huhu

Paquin berkata...

Entah apa sudah perkembangan cerita ni. Tapi harap2 lah hal ni dapat perhatian sewajarnya.

Paquin berkata...

Masalah yang timbul ni harus dijadikan pengajaran. Siasat punca sebenar dan pastikan hal sebegini tidak berulang lagi.

Paquin berkata...

Apapun perkara ni harus ditanggani secepat mungkin demi kebaikan bersama.

Paquin berkata...

Kepada yang terlibat tu sabar lah ya. Saya yakin hal ni pasti berjaya diselesaikan juga.

Ezef berkata...

How about the allocation thing?

wake berkata...

I can't believe it!