Ahad, 6 Februari 2011

KLINIK 24 JAM UNTUK MANUSIA ATAU HAIWAN?

MICHAEL LUMPASU

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia sewajarnya memantau perkhidmatan Klinik 24 jam kerana semakin tidak efisyen dan mencemarkan mutu perkhidmatan kesihatan di Sabah kerana perkhidmatan Kaunter yang terlalu lembab dan tidak berperi kemanusiaan.

Baru-baru ini saya mengalami tekanan darah tinggi dan masalah tonsil yang begitu serius dan cuba mendapatkan rawatan daripada sebuah Klinik 24 Jam Medisinar yang terletak di Api-Api Centre, Kota Kinabalu.

Malangnya beberapa ‘ekor’ juru rawat berpura-pura sibuk dan tidak langsung mempedulikan saya duduk di kaunter pendaftaran dalam keadaan yang amat sakit. Saya merayu agar didaftarkan, namun mereka meminta saya menunggu sekejap.

Setelah jemu menunggu selama lebih setengah jam tanpa layanan daripada juru rawat klinik berkenaan, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan klinik berkenaan dan terpaksa meredah hujan untuk mendapatkan teksi untuk ke Poliklinik Permai di Jalan Pantai yang mesra pelanggan dengan harga yang berpatutan walaupun memberikan layanan kelas pertama.

Sehubungan itu, saya menggesa agar Klinik 24 Jam Medisinar merawat ‘Haiwan’ kerana saya terpaksa membahayakan nyawa saya pergi ke klinik lain sedangkan pada ketika itu tekanan darah saya terlalu tinggi iaitu 290/190 ketika tiba di Poliklinik Permai dan boleh strok pada bila-bila masa.

Salam Hormat kerana menyiarkan surat keluhan saya.

1 ulasan:

awangsaribu berkata...

Aku akui arahan dari pihak atasan kerajaan UMNO/BN memang baik, tapi bila sampai kat bawah arahan tu dah berubah dan digunakan oleh pembodek UMNO/BN untuk kepentingan mereka.

Maka jadilah cakap pemimpin tak serupa bikin.

Bila ada taklimat, semua yang muluk2 dipersembahkan pada pemimpin. Mereka tipu lagi !. Pemimpin pun cakap bla..bla...semuanya baik jer dan tak tau dah kena tipu dan kelentong!