Sabtu, 12 Februari 2011

Khusrin: Budi Bicara MB Wajar

TVS NEWS


SHAH ALAM: Budi bicara Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim adalah wajar berhubung kehadiran Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) Selangor yang baru Datuk Khusrin Munawi dalam sesetengan mesyuarat kerajaan negeri menurut Adun Taman Medan, Haniza Talha

Haniza ketika dihubungi TV Selangor berkata, SUK tentunya mempunyai lebih banyak tugasan penting yang perlu diberikan keutamaan dan perlu membuktikan kewibawaan beliau dalam menyelesaikan tugas yang telah diamanahkan.

“Terpulang kepada atas budi bicara Menteri Besar kalau dia rasa ada beberapa perkara tidak ada kena mengena dengan bidang tugas setiausaha, tidak perlu untuk beliau turut serta,” katanya.

Tambah Haniza, tindakan gabungan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPS membangkitkan isu kehadiran Khusrin dalam mesyuarat terpilih disifatkan sebagai kehabisan modal politik untuk mengkritik pentadbiran kerajaan negeri.

“Dulu mereka mengatakan kerajaan negeri kononnya derhaka keputusan Sultan sedangkan Sultan tidak membuat keputusan memilih Khusrin, sekarang bila kerajaan negeri dah terima mereka pertikankan pula isu kehadiran dalam mesyuarat negeri ,” katanya.

Kontroversi pelantikan SUK baru itu tercetus apabila kerajaan Selangor menolak pelantikan Mohamad Khusrin seterusnya menangguhkan acaramengangkat sumpah menyimpan rahsia bagi memulakan tugasnya secara rasmi sejak mengambil alih jawatan itu berkuatkuasa 1 Jan lepas.

GAPS mendesak Menteri Besar Selangor meletak jawatan berikutan tindakannya yang didakwa mencabar kewibawaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Terdahulu Khalid mengumumkan bahawa Khusrin akan mengangkat sumpah simpan rahsia sebagai SUK di hadapan beliau minggu hadapan.

Tiada ulasan: