Sabtu, 26 Februari 2011

Kes Anwar : Prosedur Ujian DNA Tidak Dipatuhi

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Ketua Unit Paterniti DNA Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak mematuhi garis panduan di dalam manual prosedur ketika menjalankan ujian DNA dalam perbicaraan kes fitnah kedua, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pasukan Peguambela Anwar terus mempertikaikan ketelusan ujian yang dijalankan dan keputusan-keputusan hasil ujian yang tidak bertepatan dengan kesimpulan laporan DNA itu.

Peguambela Ram Karpal Singh berkata ujian yang dijalankan ke atas tuala muka, berus gigi dan botol mineral yang diterima oleh Nor Aidora menunjukkan sampel yang membabitkan lebih daripada seorang individu.

Nor Aidora bersetuju bahawa beliau tidak menjalankan ujian untuk memastikan DNA Pegawai Penyiasat Polis Timbalan Penguasa Jude Pereira terkecuali daripada hasil ujian yang dijalakan ke atas tuala berkenaan.

Saksi juga bersetuju bahawa sampel-sampel DNA berkenaan sudah melalui proses penghakisan, sungguhpun tidak ada ujian berkaitan yang dijalankan.

Nor Aidora bertegas bahawa ujian DNA yang dilakukan menunjukkan hanya seorang penyumbang walaupun ia dipertikaikan oleh peguam Ram Karpal yang merujuk kepada keputusan ujian yang menunjukkan sebaliknya.

Pasukan peguam Anwar semalam berjaya menimbulkan keraguan terhadap peralatan analisa DNA di Jabatan Kimia Malaysia yang dikenalpasti diselenggara kali terakhir pada Mei 2208.

Peralatan tersebut adalah Genetic Analyser 3XL300, Sequence Detector 7000 dan Thermo Cycler 970.

Pengurus Projek dan Servis ATP Service, Alan Tiang yang dipertanggungjawab menyelenggara kesemua mesih tersebut turut didapati oleh mahkamah tidak bertauliah dan menjalankan kerja penyelenggaraan berdasarkan pengalaman sejak dari tahun 2005.

Tiada ulasan: