Khamis, 24 Februari 2011

Kerajaan Kekalkan Harga RON95 Dan Diesel, Kata Ismail Sabri

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Khamis.

Beliau berkata berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu.

"Kerajaan akan mengekalkan harga semasa, dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.

"Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikan harga RON 95 dan diesel," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.

Beliau berkata peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion.

Subsidi 10.3 bilion itu termasuk petroleum, RON 95, diesel, gas LPG, gula, beras dan minyak masak.

Disember lepas, harga RON 95 dan diesel masing-masing meningkat lima sen kepada RM1.90 dan RM1.80 seliter.

Antara altenatif yang sedang dikaji ialah menyemak semula kuota petrol dan diesel yang diterima oleh pihak-pihak tertentu, katanya kepada pemberita.

Ditanya bila kedua-dua kementerian akan memuktamadkan perbincangan itu, Ismail Sabri berkata ia akan dicapai secepat mungkin.

"Ia tidak akan mengambil masa yang panjang. Lebih lama diambil, lebih banyak subsidi akan ditanggung oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata harga barangan makanan juga meningkat, terutama produk import yang menyebabkan negara sebagai pengimport, perlu menanganinya.

Mengulas sama ada harga barangan subsidi lain akan meningkat memandangkan harga bahan api tidak dinaikkan, Ismail Sabri berkata "kita tidak bercadang untuk menaikkan subsidi barangan lain".

"Mulai 1 Februari, subsidi untuk semua pengilang makanan dan minuman manis yang menggunakan gula sebanyak 500 metrik ton sebulan, dihentikan.

"Kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM128 juta," katanya memberi contoh tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjimatkan peruntukan subsidi.

11 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Harap kerajaan akan menepati janji mereka.

mandau berkata...

harap benarlah harga RON95 dan diesel takkan naik lagi.

azman berkata...

harap harga tersebut akan kekal dan tidak akan dinaikkan...

Jason berkata...

Baguslah tue kalau kerajaan akan kekalkan harga RON95 dan diesel.

Gopuk berkata...

Pasti rakyat gembira mendengar berita ini. Semoga tidak akan berlaku sebarang perubahan dalam masa yang terdekat.

Gopuk berkata...

Walaupun begitu kita kena bersedia jika berlaku sebarang kenaikkan harga. Sentiasa sediakan payung sebelum hujan.

Hosie Masie berkata...

Baguslah kalau harga minyak RON95 dan diesel dikekalkan. Jika harga minyak ini dinaikkan tidak mustahil haraga barang lain akan meningkat juga.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan tidak akan mampu mengekalkan harga RON95 Dan Diesel untuk selama2nya. oleh sebab itu, sementara kerajaan berusaha mengekalkan kedua2 harga bahan bakar ini, lebih baik kerajaan menyelesaikan masalah pendapatan rakyat yang telah lama tidak menunjukkan pergerakan sepertimana yang telah dilakukan di negara2 lain.

Tanpa Nama berkata...

saya harap jaminan kerajaan ini bukan sekadar omong kosong.

Paquin berkata...

Semoga jaminan kerajaan ini dapat dikotakan.

Paquin berkata...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.