Jumaat, 18 Februari 2011

KERAJAAN BN SABAH TOLAK TUAH

Oleh: SURIATI MAHMUD

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) Sabah disifatkan sebagai menolak tuah dan terus menyebabkan bahagian utara Sabah yang berpotensi menarik pelancong sebagai kawasan yang terus mundur untuk melestarikan agenda mereka menjadikan rakyat Sabah miskin dan terus bergantung kepada ehsan BN.

“Kudat sepatutnya boleh maju dengan cepat jika Patung Dewi Laut Mazu dibenarkan didirikan di atas tapak yang telah disiapkan tanpa sebarang campurtangan politik,” ujar Johani Abdul Halim yang menyifatkan campurtangan kerajaan negeri Sabah mencabul kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan menghina agama Islam yang syumul.
Menurut Johani, beliau baru kembali daripada Kudat dan sedih dengan kekejaman Kerajaan BN Sabah yang munafik kerana menghalang pembinaan patung Dewi Laut Mazu yang mempunyai pelbagai fungsi; terutama untuk menarik pelancong ke Kudat.

Cadangan Kerajaan Negeri untuk membina Patung Mazu kedua di Pantai Bak Bak sebagai cadangan orang yang tidak masuk akal kerana pelancong tidak akan singgah ke Kudat sebagaimana sebelum ini selepas mereke melawat Simpang Mengayau.

“Cadangan Mantan Ketua Menteri, Tan Sri Chong Kah Kiat untuk membina patung Mazu sewajarnya disambut oleh seluruh warga Sabah untuk membuktikan bahawa tidak berlaku penindasan agama dan rakyat Sabah hidup secara harmoni tanpa mengambil kira asal keturunan dan fahaman agama; sekaligus melenyapkan tafsiran barat bahawa Islam adalah teroris,” ujar Johani yang juga Ketua Cabang PKR Silam.

Tegas Johani, jika 20 % daripada 200 juta penganut Mazu dunia menziarahi Kudat maka Kudat akan lebih maju daripada Langkawi dan Kota Kinabalu.

“Sekurang-kurangnya Kudat akan dibanjiri pelancong secara tetap dua kali setahun iaitu pada 23 Mac dan 9 September kerana dua hari besar ini merupakan hari kebesaran untuk penganut Mazu. Dengan ini Kudat akan membangun secara mendadak dan ekonomi Kudat yang lembap akan pulih serta merta,” ujar Johani yang menggesa agar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tidak terlalu keras kepala dan menunjukkan sifat munafiknya melakukan kekejaman terhadap penganut agama lain.

Kini tibalah masanya kata Johani, warga Tiong Hua mentaati ajaran nenek moyang mereka dengan memilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan Negeri dalam pilihanraya umum akan datang untuk menghentikan kezaliman daripada berlarutan.

“Untuk apa kita cakap banyak kerana BN tidak lagi memenuhi aspirasi masyarakat Tiong Hua sehingga terpaksa meminta izin untuk mendirikan rumah ibadah sekalipun di atas tanah persendirian, berbanding BN membina pusat maksiat secara wewenang,” tegas Johani yang merancang untuk menawan Kudat daripada BN pada pilihanraya umum akan datang.

31 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Bukankah kerajaan Sabah sudahpun memberikan sebidang tanah untuk pembinaan Patung Mazu ini?

mandau berkata...

isu Patung Mazu ini tk seharusnya timbul lagi kerana tempat baru untuknya telah diberikan.

mandau berkata...

pembinaan patung tersebut do Kudat ditolak kerana kewasannya yang tidak sesuai. kerajaan telah menyediakan tempat yang lebih sesuai. maka isu ini tk harus diungkit lagi.

elia berkata...

Jangan ungkit lagi perkara yang sudah berlalu. Jika tidak keadaan akan bertambah buruk dan hal ini akan berpanjangan.

elia berkata...

Sudah cukup bertuah pembinaan patung Mazu masih lagi diteruskan dan diberi tempat yang baru. Jika sama sekali tidak dibenarkan itu lagi teruk.

Tanpa Nama berkata...

setahu saya isu ini sudah lama dan tidak sepatutnya dibangkitkan lagi.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya tapak yang baru sudah pun dicadangkan.

Jason berkata...

Why the sudden this issue is brought up again?

Jason berkata...

A new location was given, they should have build on that location.

Jason berkata...

I hope this issue will be settle in a good way. Find a win-win solution to this problem.

Sanih Alias berkata...

In bukan masalah kerajaan kita, Kerajaan kita telah menyediakan tempat bagi meletakkan Patung Mazu ini, tapi ditolak oleh pembangkang. Memang kawasan itu dapat menjadi tempat perlancongan jika semua pihak berkerja sama.

mike berkata...

PKR sibuk2 dengan isu Mazu padahal isu dalaman sendiri pun tidak mampu selesaikan.

mike berkata...

isu ini tidak harus timbul dan dipolitikkan.

mike berkata...

kerajaan negeri sudah memberikan penyelesiaan kepada isu ini namun ditolak..

mike berkata...

memilih PKR tidak semestinya akan menyelesaikan isu ini..lihat saja bermacam-macam masalah dalaman PKR yang mereka sendiri tidak mampu selesaikan.

mike berkata...

apa2 pun, isu ini tidak harus timbul semula dan dipolitikkan oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan mereka sendiri dan bukannya rakyat.

Paquin berkata...

tempat baru sudah diberi tapi kena tolak... So siapa lagi yang mahu dipersalahkan:(

Paquin berkata...

Perkara ini telah berlalu, namun masih juga kena ungkit. Entah bila lah hal ni akan selesai kalau asyik menunding jari.

Paquin berkata...

Saya yakin semua pihak pun berharap agar isu ni diselesaikan dengan car abaik, jadi tak perlu lah marah2.

Paquin berkata...

Jangan sampai perkara ini merosakkan keharmonian di Sabah. Semua pihak harus berusaha meneutralkan keadaan ini dan bukan sebaliknya.

Paquin berkata...

Apapun, sama2 lah kita berharap agar hal ni dapat diselesaikan secepat mungkin.

Sanih Alias berkata...

Pekara yang sudah berlalu tidak perlulah diungkit kembali. Biarkanlah perkara ini berlalu. Sebaiknya berbincanglah secara aman.

Hosie Masie berkata...

Setahu saya, Kerajaan negeri telah pun memberikan tempat baru untuk pembinaan mazu tersebut. Tapi ada pihak yang menentang hal ini. Oleh kerana itu perkara ini terbangkalai begitu saja.

nickko berkata...

saya tidak dapat menerima hujah yang mengatakan bahawa ia bakal menjadi sumber tarikan pelancong di Malaysia, khususnya di Kudat, kerana banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk menarik pelancong ke negeri ini, dan bukannya perkara yang bakal mengundang sensitiviti. pembinaan ini bukan sahaja menimbulkan bantahan dikalangan kaum lain yang tinggal disekitar kawasan pembinaan malah turut mendapat perhatian di laman2 sosial seperti facebook.

nickko berkata...

yang perlu ditingkatkan ialah usaha2 mempromosi keindahan alam sekitar negeri Sabah sebagai khazanah alam yang sangat bernilai, yang diiktiraf sebagai salah satu “mega-biodiversity hotspot” dunia. Malaysia sebagai “Truly Asia” perlu dipaparkan melalui realiti masyarakatnya yang majmuk tetapi boleh hidup muhibbah dan harmoni, memiliki kepelbagaian budaya, kerana aspek2 inilah yang lebih menarik dan wajar untuk dilihat dan dipelajari oleh pelancong luar, bukannya aspek luaran-fizikal.

nickko berkata...

faktor ekonomi haruslah disesuaikan dengan kepentingan setempat sesebuah negara. ekonomi bukan segala2nya terutama dalam sebuah negara yang mempunyai komposisi penduduk yang unik seperti Malaysia. yang lebih harus diberi keutamaan ialah kesatuan masyarakat dan persefahaman antara kaum dan agama.

nickko berkata...

Pembinaan patung keagamaan harus bertujuan untuk hal ehwal peribadatan, bukan untuk pelancongan kerana tuhan bukan untuk dijaja tetapi untuk disembah...

onong berkata...

Mengapa bangkitkan isu lalu pula?

Nemia berkata...

Never play fire or you'll be burned down.

Tiada Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tiada Nama berkata...

Isu ini tidak perlu dibangkitkan lg. Kerajaan sudah memberi tanah tempat pembinaan Patung Mazu.