Khamis, 10 Februari 2011

Kerajaan bentuk jawatankuasa 14 ahli kaji silibus Sejarah, kata Muhyiddin



PUTRAJAYA, 10 Feb — Pentadbiran Najib telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan mengkaji semula silibus subjek Sejarah yang kini diajar di sekolah rendah dan menengah — langkah susulan selepas mata pelajaran dijadikan wajib bagi peperiksaan SPM. Jawatankuasa itu akan memberi syor pindaan atau penambahbaikan jika diperlukan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, seramai 14 pakar — terdiri daripada pensyarah dan wakil pelbagai pihak telah dipilih untuk menganggotai jawatankuasa itu.

Kata Muhyiddin (gambar), jawatankuasa itu dibentuk bagi memastikan sejarah pembentukan Malaysia digambarkan dengan baik dan tepat.

Jawatankuasa itu akan mengesyorkan kepada kerajaan langkah-langkah untuk memperbaiki sukatan sedia ada.

Tiada ulasan: