Jumaat, 11 Februari 2011

KEADILAN Tambun nafi ahli keluar parti

Fadli

IPOH: KEADILAN Cabang Tambun menafikan laporan sebuah portal berita bahawa ahli cabang tersebut meninggalkan KEADILAN dan menyertai Gerakan.

Semalam Malaysiakini melaporkan 200 bekas ahli KEADILAN Ipoh Barat dan Tambun menyertai Gerakan.

Namun menurut Ketua Penerangan Cabang tersebut, Omar Hakim Omar Farouk, berita tersebut tidak benar kerana tiada ahli cabang tersebut meninggalkan parti.

“Cabang Tambun tidak pernah menerima surat pemberhentian keanggotaan daripada mana-mana ahli dalam masa terdekat,” kata Ketua Penerangannya, Omar Hakim Omar Farouk dalam sebuah kenyataan media.

Malahan, bekas ahli yang dilapor mengetuai kemasukan beramai-ramai ke dalam Gerakan tersebut juga sudah setahun meninggalkan KEADILAN, kata Omar Hakim.

Bahkan, katanya lagi, KEADILAN Cabang Tambun juga mengalami peningkatan ahli sepanjang masa.

“Setiap bulan ada ahli-ahli baru yang memasuki Pakatan Rakyat. 80 peratus daripada mereka pernah menjadi ahli parti komponen BN, tetapi kita tidak merasa perlu untuk menghebohkan perkara ini.

“Apa yang penting, peningkatan ahli baru serta penubuhan ranting baru berjalan dengan baik,” kata Omar lagi.

Tiada ulasan: