Khamis, 17 Februari 2011

KDN Perlu Bertindak Terhadap Akhbar 'Selangor Terkini'

TVS NEWS


SHAH ALAM : Kementerian Dalam Negeri atau KDN perlu bertindak segera dan menjalankan siasatan terhadap pihak bertanggungjawab yang menerbitkan akhbar 'Selangor Terkini' yang jelas menyerupai atau meniru akhbar terbitan kerajaan negeri, SelangorKini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim ketika ditemubual Tv Selangor hari ini berkata penerbitan dan pengedaran akhbar 'Selangor Terkini' bermula Januari ini oleh pihak tertentu dengan penggunaan logo negeri Selangor dianggap keterlaluan kerana akhbar itu bukan terbitan dan akhbar rasmi kerajaan negeri Selangor.

Tegasnya adalah diharapkan pihak berkuasa seperti polis dan KDN segera bertindak dan menjalankan siasatan supaya pihak yang bertanggungjawab di dalam perkara itu dapat dikenal pasti dan dikenakan tindakan undang-undang.

“Saya menyeru pihak polis agar segera menyiasat suratkabar 'Selangor Terkini' ini yang saya sifatkan sebagai suratkabar haram kerana dia menggunakan 'envelop' logo negeri Selangor tanpa izin daripada kerajaan negeri Selengor ini adalah satu kesalahan jenayah yang seharusnya diambil tindakan oleh pihak berkuasa khususnya polis dan Kementerian Dalam Negeri,” katanya.

Ini kerana tambahnya apabila pihak lain seperti Pakatan Rakyat, Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) dan yang lain mengeluarkan bahan bercetak seperti risalah risalah dan majalah, KDN akan melakukan serbuan kerana kononnya tidak mempunyai permit sedangkan tiada sebarang tindakan diambil ke atas 'Selangor Terkini' yang tersebar luas di seluruh negeri Selangor biarpun sudah lebih dua bulan ianya diedarkan.

“Saya nampak ini adalah satu keadaan yang terdesak oleh pihak tertentu mereka begitu takut dengan sebaran dengan liputan SelangorKini yang disebar secara meluas di seluruh negeri Selangor dan mereka merasakan ini sudah mengganggu gugat pengaruh mereka,” katanya.

Biarpun tidak dketahui siapa di belakang penerbitan 'Selangor Terkini' tetapi pada pandangan dirinya pihak yang berada di belakang semuanya ini adalah mereka yang mempunyai kataindengan Umno-Barisan Nasional.

Malah ketika diminta mengulas, katanya, adalah tidak mengejutkan apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor sanggup ditemubual oleh 'Selangor Terkini' bagi menjawab segala isu yang disiarkan SelangorKini.

Tiada ulasan: