Sabtu, 12 Februari 2011

Jalankan Pendaftaran Automatik, SPR Jangan Cipta Alasan

TVS NEWS


SHAH ALAM : Suruhanjaya Piilihanraya (SPR) perlu berhenti memberikan alasan dan meningkatkan usaha menjadikan proses pendaftaran pengundi dijalankan secara automatik berpandukan rekod di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dalam satu wacana 'Daftar Pengundi: Wajarkah diwajibkan?' yang diadakan di Intekma Resort, Shah Alam petang tadi, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata SPR sebaliknya perlu menerima kekangan perundangan dan kekangan persepsi yang wujud sebagai cabaran dalam menjayakan usaha tersebut.

"Maka ini bukan menjadi satu alasan, ia bukan menjadi sebab bagi kita mengatakan 'oleh kerana ini, sikap orang muda begini maka kita tak buat pendaftaran pengundi secara automatik. Malah segala masalah ini harus dilihat sebagai cabaran," jelas beliau.

Fuziah seterusnya berkata, pendaftaran outomatik tidak bermaksud para pengundi tiada pilihan selain membuang undi, dan pilihan samada membuang undi dan mengundi untuk calon pilihan sendiri merupakan hak mutlak seseorang pengundi.

Katanya lagi, sekiranya seseorang pengundi itu memutuskan untuk mengundi, maka adalah tanggungjawab semua pihak terlibat termasuk SPR memastikan proses pengundian bagi pengundi itu berjalan lancar dan salah satu caranya adalah dengan menjalankan proses pendaftaran pengundian secara automatik.

"Saya mintalah SPR pecahkan penjara minda ini, keluar daripada bercakap tentang masalah infrastruktur, ini dan itu, berfikir bagaimana kita nak capai satu keadaan di mana kita mampu melaksanakan pendaftaran pengundi automatik ini. Ini saya rasa satu perkara yag harus kita gabungkan segala pemikiran kita, baik kerajaan, pembangkang ataupun masyarakat umum, semua harus gabungkan pemikiran mencari penyelesaian bagaimana ini dapat diadakan," kata beliau lagi.

Fuziah menjelaskan, rata-rata rakyat menjauhkan diri daripada mendaftar dan memahami proses pilihanraya adalah kerana pilihanraya tidak dijadikan satu daripada aktiviti kehidupan para pengundi.

Kata beliau, kesedaran pentingnya pilihanraya dan proses pengundian perlu diterapkan di dalam minda rakyat sekuran-kurangnya semasa di sekolah menengah dengan membawa budaya pilihanraya kecil-kecilan di sekolah.

"Contohnya di sekolah, kita buat pemilihan pengawas, ktia ada satu hari 'election day' untuk memilih ketua darjah dan juga wakil-wakil kelas. Kita berikan tempoh berkempen, ajar mereka bagaimana mereka harus promosikan apa yang dapat mereka tawarkan. Kemudian mereka dapat melihat kelebihan apabila wakil-wakil darjah itu membantu menjadikan sekolah lebih baik, persekitaran lebih baik, ini mendidik secara langsung sehinggakan itu menjadi kefahaman dalam diri," jelas beliau.

Selain itu, Fuziah juga menegaskan peranan SPR akan menjadi lebih efektif sekiranya diletakkan terus di bawah parlimen dan bukannya di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti pada masa ini kerana apa-apa pindaan akan mengambil masa yang lama kerana terpaksa dibuat melalui Jabatan Peguam Negara.

Katanya lagi, itulah cara terbaik bagi memberikan SPR kuasa untuk mengadakan pilihanraya yang adil dan telus.

Turut hadir sebagai panel wacana adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Setiausaha SPR, Nordin Che Ngah dan Pengerusi Institut Perhubungan Awam Malaysia, Datuk Professor Hamdan Adnan.

15 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Saya amat setuju untuk menjalankan pendaftaran automatik untuk rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

pendaftaran automatik lebih baik bagi memudahkan urusan.

madd berkata...

pendaftaran automatik memang lebih memudahkan. apa pun, setiap cadangan perlulah dikaji baik dan buruknya terlebih dahulu.

mandau berkata...

pendaftaran automatik lebih mudah dan ia wajar dlaksanakan.

Hamdan Hadillah berkata...

In memang satu tindakkan yang baik. Tapi jika pendaftaran secara automitik sekalipun, jika mereka tidak mengundi apa yang pihak SPR mahu lakukan lagi??

Antanum berkata...

Jangan biarkan rakyat kita menjadi malas. Semuanya disediakan, sampaikan untuk mendaftar untuk mengundi juga dilakukan oleh sistem. Sampai bila rakyat akan di manjakan?

Antanum berkata...

Tapi jika kita fikir secara positifnya, bilangan yang mengundi dapat ditentukan dari sistem. Kemungkinan besar juga, mana2 yang mendapat IC palsu yg tidak berdaftar, tidak akan tersenarai dan secara tidak langsung dapat dikenalpasti semasa beliau cuba untuk mengundi.

nickko berkata...

Pelaksanaan pendaftaran secara automatik merupakan kaedah yang lebih efisyen dan efektif dalam proses pendaftaran pemilih baru selain dapat menjimatkan penggunaan duit rakyat dan tenaga kerja. tugas ini sangat mudah dan dapat mengelakkan daripada manipulasi data oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, malah jika sistem ini dapat dilaksanakan, SPR tidak perlu berbuih mulut menyedarkan orang ramai untuk mendaftar sebagai pengundi.

nickko berkata...

walau bagaimanapun pendaftaran secara automatik ini tidak semudah yang disangkakan. kerajaan terpaksa membuat beberapa pindaan terhadap Akta Pilihanraya 1958(Akta 19), kemudian SPR perlu lakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya, selain itu wujud juga masalah dimana pengundi tidak tinggal di alamat seperti dalam kad pengenalan, kerajaan tidak boleh memaksa pengundi kerana bertentangan dengan hak asasi manusia, dan yang terakhir pengundian akan merosot lebih daripada 50% jika sistem baru dilaksanakan.

Jason berkata...

Setuju bahawa pendaftaran secara automatik dijalankan.

mike berkata...

pendaftaran automatik? bukankah ini akan mencabul hak rakyat? bukankah rakyat berhak untuk memilih sama ada mahu mendaftar atau tidak?

mike berkata...

paksaan bukan satu jalan penyelesaian yang bijak..pendaftaran automatik ini tentu akan mengundang lebih banyak masalah pada masa akan datang..

mike berkata...

pendapat rakyat harus diambil kira dan bukannya hanya pendapat golongan politik sahaja kerana yang akan merasainya adalah rakyat.

Paquin berkata...

Best juga kalau pendaftaran secara automatik dilaksanakan. Lebih mudah dan jimatkan masa. hihi

Paquin berkata...

Apapun setiap perkara harus dikaji sedalam mungkin sebelum dilaksanakan bagi mengelakkan timbul masalah di kemudian hari.