Isnin, 14 Februari 2011

Isa Samad Cakap Rasuah Bukan Masalah Dalam Malaysia?

Staff Berita Semasa

mustafa  isa Isa Samad Cakap Rasuah Bukan Masalah Dalam Malaysia?

Rasa nak tergelak juga mendengar kenyataan Pengerusi Felda baru, Tan Sri Isa Samad yang mengatakan bahawa masalah rasuah bukanlah suatu masalah besar dalam negara? Bagaimana seorang Pengerusi Felda boleh mengeluarkan kenyataan kurang bijak ini? Baca kenyataan di bawah.

Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata, rasuah bukanlah masalah besar di negara ini kerana ia berlaku di mana-mana negara di dunia.

“Rasuah di mana-mana, taklah teruk sangat. Kalau buruk dah hancur dah Malaysia ni,” kata Isa ketika memberikan ucapan di forum masa depan kepimpinan Melayu di PWTC lewat petang semalam.

Turut menjadi penal di forum tersebut adalah Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) dan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Media Prima) manakala moderatornya adalah Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ketika memberikan ucapannya, Mustafa berkata, antara cabaran besar kepimpinan Melayu di negara ini adalah pelakuan rasuah yang bermaharaja lela di negara ini.

Ia kini, kata Mustafa, sudah menular ke semua pihak dari peringkat tertinggi negara, pertengahan bahkan golongan bawahan termasuk pada pelajar.

“Yang mengejutkan saya, hasil kajian yang dibuat oleh Institut Intergriti Malaysia (IIM) yang mendapati 35 peratus pelajar menjawab, mereka akan mengambil rasuah jika ada peluang,” kata Mustafa.

Sebelum ini, Isa pernah dipecat dari jawatan Naib Presiden Umno apabila didapati beliau terlibat dengan rasuah politik dalam pemilihan Umno. Ekoran itu, beliau juga kehilangan jawatannya sebagai menteri.

Isa kembali semula ke ruang utama politik negara apabila dipilih sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan menang.

Baru-baru ini, Isa telah dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai Pengerusi Felda. Ramai beranggapan ia berlaku hasil dari pengaruh isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor.

“Bagi saya ia tidaklah teruk sangat…kerajaan pula tidaklah menghalalkan rasuah,” kata Isa.

Apa punya kenyataan ni? Bagaimana Perdana menteri boleh melantik seorang pengerusi yang mengeluarkan kenyataan sebegini? Perlu ingat kembali, kedudukan indeks rasuah di Malaysia seperti dibawah:

cpi indeks Isa Samad Cakap Rasuah Bukan Masalah Dalam Malaysia?

Dah 16 tahun, dah macam-macam kempen dijalankan termasuk menggubal 2 rang undang-undang anti rasuah, dan kemudian mentransformasikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), namun entah dimana silapnya, Indeks Rasuah Malaysia makin menjadi-jadi pula.

Dalam tempoh 16 tahun Malaysia telah kalah kepada lima negara di Asia Pasifik iaitu Taiwan (tangga ke-33 mata 5.8), Bhutan (36/5.7), Brunei (38/5.5), Korea Selatan (39/5.4) dan Macau (46/5.0).

Memang benar rasuah ada dimana-mana, tapi ucapan Pengerusi Felda ini seolah-olah “menghalalkan” pula.Ini bukan cara untuk menyampaikan sesuatu.Beginikah pemimpin yang kita mahu? Tanya diri anda sendiri.

Memang rasuah di Malaysia dah menjadi kebiasaan.Namun kalau hanya dibiarkan sahaja, adakah masalah rasuah ini dapat di atasi? Laungan dan slogan sahaja tidak cukup kalau tiada tindakan yang benar-benar telus. Takkan nak tunggu dah teruk, baru nak buat?

Saya ingin petik sedikit kenyataan di atas:

Ia kini, kata Mustafa, sudah menular ke semua pihak dari peringkat tertinggi negara, pertengahan bahkan golongan bawahan termasuk pada pelajar.

“Yang mengejutkan saya, hasil kajian yang dibuat oleh Institut Intergriti Malaysia (IIM) yang mendapati 35 peratus pelajar menjawab, mereka akan mengambil rasuah jika ada peluang,” kata Mustafa.

35% bukan satu angka yang sedikit. Namun saya sedikit musykil, mengapa tidak dibuat soal-selidik kepada setiap ahli politik dalam dewan rakyat? Kami juga ingin tahu hasil kajian untuk ahli-ahli politik ini.

Siapa kata rasuah bukan masalah besar. Rasuah juga boleh menjatuhkan sesebuah negara.Rasuah juga boleh membangkitkan revolusi penentang.Dan rasuah juga boleh menghancurkan ekonomi dan menghidupkan api kemarahan rakyat.Jangan memandang enteng terhadap perlakuan rasuah dalam negara.

Apa pandangan anda mengenai kenyataan Isa Samad ini?

Tiada ulasan: