Sabtu, 5 Februari 2011

Hari ketujuh Ops Sikap ke-23, 16 kematian

TVS NEWS

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 kematian direkodkan pada hari ketujuh Ops Sikap ke-23 semalam, dengan 14 daripada mangsanya adalah pengguna motosikal.

Menurut statistik yang dikeluarkan Cawangan Trafik Bukit Aman hari ini, dua mangsa korban jalan raya lain ialah pengguna kereta.

Statistik terbaru itu menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini meningkat kepada 103 orang sejak operasi itu bermula Khamis lepas.

Daripada 951 kemalangan yang berlaku semalam, jalan persekutuan mencatat jumlah tertinggi iaitu 314 kes, diikuti jalan bandaran (283), jalan negeri (188), lebuh raya (116) dan jalan-jalan lain (50 kes).

Memetik laporan Bernama, dalam operasi semalam, sebanyak 10,034 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap ke-23 yang berakhir Khamis depan, bertujuan mendidik pengguna memandu secara berhemah bagi mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya sempena sambutan perayaan.

Tiada ulasan: