Sabtu, 26 Februari 2011

Dua Pelajar IPTA Diburu Disyaki Rogol Rakan Kuliah

KELAB GREENBOC

Kangar: Polis memburu dua penuntut lelaki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, kerana disyaki merogol rakan sekuliah di sebuah rumah di Taman Seri Mawar, Arau, dekat sini, pada 15 Februari lalu.

NASHIR (kanan) menunjukkan gambar lima lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes rogol, menyeludup kenderaan dan pergaduhan di IPK Perlis, di Kangar, semalam.

Ketua Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Nashir Ya, berkata pelajar terbabit, Muhammad Naim Mohd Kamaruzzaman dan Ahmad Amirul Amin Rosley, masing-masing berusia 19 tahun, menghilangkan diri selepas kejadian itu.

Beliau berkata, dua suspek itu dikesan bersama lima lagi rakan disyaki merogol secara bergilir-gilir gadis berusia 19 tahun yang juga rakan sekuliah salah seorang suspek, di sebuah rumah di Taman Seri Mawar.

“Kami sudah menahan lima suspek dari sebuah IPTA, di sini dalam operasi khas selepas menerima aduan daripada pelajar perempuan terbabit. Bagaimanapun, Muhamad Naim dan Ahmad Amirul melarikan diri.

“Alamat terakhir Ahmad Amirul Amin ialah Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan manakala Muhammad Naim dari Kampung Bonggol Kemian, Paloh Rawa, Machang.

“Mangsa kini trauma selepas dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh pelajar. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.
Nashir berkata, orang ramai yang menemui mereka diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Arau, Asisten Superintendan Jamalulail Ibrahim di talian 012-520 3977 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, polis memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan kes curi dan menyeludup kenderaan ke negara jiran serta kes menyebabkan mangsa cedera parah.

“Dua daripada tiga lelaki berkenaan, iaitu Mohd Saidi Man, 44, dari Kampung Tersusun Padang Besar dan rakannya, Mariswandy Mohamad, 32, dari Rancangan Perumahan Awam (RPA) Chuping, disyaki aktif menjalankan kegiatan mencuri dan melupuskan kenderaan ke negara jiran,” katanya.

Polis turut memburu Lim Yew Thong, 47, dari Pekan Sayur, Padang Besar atas dakwaan menyebabkan kecederaan parah kepada seorang penduduk awam di pekan itu, Januari lalu. -BH

Tiada ulasan: