Jumaat, 11 Februari 2011

Dadah: Adik pelakon komedi popular ditahan

THE MALAYSIAN INSIDER

KUAlA LUMPUR — Adik seorang pelakon komedi popular ditahan bersama sembilan lelaki dan tiga wanita dalam operasi dadah di Cheras Baru, Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata lelaki berusia 27 tahun itu turut didapati positif dadah bersama lima yang lain dalam serbuan kira-kira 7 malam kelmarin.

“Kesemua mereka yang berusia 17 hingga 58 tahun ditahan di tepi jalan di kawasan Lorong Bukit 2, Cheras Baru dalam ‘Ops Tapis’.

“Polis turut merampas dadah heroin dan ganja serta eramin 5 daripada dua lelaki yang ditahan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Amiruddin berkata bagaimanapun tiada dadah ditemui pada adik pelakon berkenaan yang bekerja sebagai buruh.

Sebelum ini, pelakon komedi berusia 41 tahun itu pernah ditahan atas kesalahan memiliki dadah, bagaimanapun, dia dibebaskan dengan jaminan polis.

Tiada ulasan: