Khamis, 24 Februari 2011

CALON MERLIMAU : ROSLAN VS KINTAN?

BN sudah menamakan calonnya iaitu anak kepada bekas Adun dan Ketua Menteri Melaka iaitu Roslan Ahmad. Seorang yang dikatakan berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan dan berjawatan Pengurus di agensi kerajaan negeri.

Menurut makluman dalaman Umno, beliau dipilih berdasarkan latarbelakang keluarganya di mana ayahnya Datuk Ahmad Ithnin adalah bekas Adun Sungai Rambai dan bapa saudaranya Abu Zahar Ithnin adalah bekas Ketua Menteri Melaka. Nampaknya Umno/BN tidak terlepas dari sifat mereka iaitu mengamalkan kronisme dan nepostisme. Kalau di Tenang mereka memilih anak bekas Adun di Merlimau juga mereka mempertahankan perkara yang sama. Ramai dikalangan penyokong dan ahli Umno tidak selesa dengan sikap pemimpin Umno ini.

Calon PAS pula akan diketahui malam ini. Calon 'favourite' PAS Hajah Kintan Man sudah lama bersedia untuk menggalas amanah sebagaimana yang dilakukan oleh Cikgu Normala Sudirman di Tenang. Dalam kenyataan media beberapa minggu lalu, Kintan dengan semangat berkata muslimat PAS bersedia bila-bila masa untuk menyedarkan rakyat melalui kaedah penerangan dan ziarah rumah ke rumah.

Selain Kintan, PAS juga mempunyai calon berpotensi lain seperti Yang DiPertua PAS Kawasan Jasin, Mejar (B) Jasme Tompang dan Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Jasin, Ustaz Kamaruddin Sidek yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Selain itu Dewan Pemuda juga menamakan dua orang pimpinan pemuda dari Jasin.

Apakah benar ramalan pemerhati politik bahawa Roslan vs Kintan, malam ini kita akan mengetahuinya.

Tiada ulasan: