Rabu, 23 Februari 2011

BERNAMA

KOTA KINABALU — Polis setakat ini telah mengambil kenyataan daripada 18 orang bagi membantu siasatan kes rakyat Malaysia Datu Mohd Akjan Ali Muhammad yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu dari Filipina baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kenyataan itu diambil daripada individu dan saksi yang dirasakan boleh membantu siasatan kes itu termasuk anggota keluarga Mohd Akjan sendiri.

“Saya telah diberi taklimat oleh pihak polis Kontinjen Sabah mengenai perkara ini dan 18 orang ini dari sekitar Kota Kinabalu... setakat ini belum ada lagi orang yang ditahan,” katanya pada sidang akhbar sempena Mesyuarat Perhubungan Dua Hala JSJ Malaysia-Singapura di sini, hari ini.

Mohd Akjan dilaporkan mengisytiharkan dirinya sebagai “Sultan Sulu ke-33” dalam satu upacara tertutup di rumahnya di Kampung Likas di sini pada 12 Feb lepas.

Ditanya sama ada polis juga akan menyoal siasat pihak dari Sulu, Mohd Bakri berkata: “Kita akan lihat dari sudut siasatan, kalau ada keperluan kita akan ambil tindakan, tetapi setakat ini belum ada.”

Katanya polis belum lagi memanggil Mohd Akjan untuk merakamkan kenyataannya kerana polis sedang membuat penyiasatan mendalam mengenai perkara tersebut.

“Ini kes serius membabitkan satu individu yang dakwa sebagai Sultan Sulu, jadi kita perlu siasat daripada banyak sudut. Kami memandang serius perkara ini kerana ia menjejaskan negara, dan kami perlu menyiasatnya secara serius demi kepentingan negara.

“Beri kami masa untuk buat siasatan kerana kes ini unik...kita lihat cara mana yang terbaik untuk ambil tindakan terhadap subjek berkenaan.

“Kita akan bentangkan perkara ini sekiranya kita ada bahan bukti,” katanya ketika ditanya sama ada situasi itu boleh mengancam keselamatan negeri Sabah.

Beliau juga berkata siasatan dijalankan tanpa melibatkan pihak kerajaan Filipina kerana ia merupakan masalah dalaman negara.

Sementara itu, Mohd Bakri berkata mesyuarat perhubungan di antara JSJ Malaysia dan Singapura selama dua hari yang bermula hari ini merupakan mesyuarat ke-123 yang diadakan, dan kali kedua diadakan di Sabah.

Pengarah JSJ Singapura Hoong Wee Teck pula berkata Polis Diraja Malaysia dan pasukan polis Singapura menjalin hubungan dan kerjasama yang baik dan mesyuarat perhubungan ini membuktikan hubungan baik antara kedua-dua pasukan keselamatan, yang dijalin sejak 1950-an.

“Isu yang kami bincangkan ialah jenayah merentas sempadan, berkongsi risikan dan amalan terbaik,” katanya.

Mengenai jenayah penyeludupan manusia di Malaysia dan Singapura, beliau berkata,”Penyeludupan manusia memang menjadi kebimbangan agensi penguatkuasa seluruh dunia. Bagi Malaysia dan Singapura, kami menyifatkan diri kami lebih kepada menjadi pusat transit daripada destinasi akhir bagi penyeludup dan migran.

“Kami sentiasa berkongsi maklumat risikan dan membincangkan modus operandi sindiket untuk meningkatkan usaha penguatkuasaan kami,” kata Hoong.

Mohd Bakri pula berkata polis Malaysia juga bekerjasama dengan polis marin dan pengawal pantai Singapura untuk memantau situasi itu.

19 ulasan:

tombolo berkata...

kes Akjan masih lagi dalam siasatan dan pasti ramai yang mengikuti perkembangan kes ini. harap pihak berkuasa akan menyiasat kes ini dgn teliti.

tombolo berkata...

bagi kes penyeludupan manusia, kita kena perketatkan lagi kawalan dikawasan sempadan negara.

madd berkata...

kes Akjan masih lagi dalam sisatan. rasanya semua pihak menunggu perkembangan kes ini.

madd berkata...

harap kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

Jason berkata...

I guess we will just have to wait for the investigation to finish.

Jason berkata...

Hopefully the police is able to solve this case.

Jason berkata...

Legal action must immediately taken against Akjan if he is found guilty of simply proclaiming the sultan of sulu title.

Hamdan Hadillah berkata...

Memang ini satu kes yang sangat serius mengaku diri sendiri sebagai sultan sulu adalah salah di sisi undang-undang..

Hosie Masie berkata...

Kes Datuk Akjan masih dalam siasatan, maka kita tunggu saja apa yang akan bakal dikenakkan kepada beliau kerana pengisytiharan diri sebagai sultan sulu yang ke-33 dikampung Likas.

Hosie Masie berkata...

Semoga kes ini akan mendapat keputusan secepat mungkin. Kita tidak mahu perkara ini jadi buah mulut orang dimerata tempat. Sebaiknya selesaikan kes ini secepat mungkin. Biar jika bersalah maka tindakkan undang-undang perlu diambil.

Mohd Ishak berkata...

Harap tindakan tegas akan diambil terhadap Sultan Sulu palsu ini.

nickko berkata...

kenyataan Datuk Seri Mohd Bakri ini cukup untuk menjawab persoalan pihak2 tertentu berkenaan dengan komitment kerajaan serta pihak berkuasa terhadap kes ini, serta cukup untuk menjelaskan bahawa kes ini bukan sengaja dilambat2kan.

nickko berkata...

sementara kes ini masih dalam siasatan, eloklah semua pihak menunggu hasil siasatan tersebut dan tidak mencampuri urusan pihak polis terutamanya kepada pemimpin2 politik.

mandau berkata...

jika hasil siasatan menunjukkan Akjan mmg bersalah, ambil tindakan tegas terhadapnya.

Paquin berkata...

Kes ini masih dalam siasatan dan kita tunggu dan lihat sajalah perkembangannya nanti.

Paquin berkata...

Saya yakin semua pihak menantikan hasil siasatan yang dibuat. Semoga kebenaran dapat didedahkan dalam masa terdekat.

Paquin berkata...

Namun, jika Akjan didapati bersalah, maka beliau wajar dikenakan tindakan tegas sebagai pengajaran.

Paquin berkata...

Mengenai kes penyeludupan manusia, sudah semestinya kawalan di kawasan sempadan diperketatkan lagi.

Paquin berkata...

Semoga kerjasama yang wujud dapat menanggani atau membanteras kes penyeludupan manusia.