Khamis, 24 Februari 2011

Barisan Nasional Bukan Penyelesai Masalah Tetapi Penyebab Masalah - Guan Eng

TVS NEWS


PETALING JAYA : Rakyat seharusnya sedar dan yakin dengan keupayaan diri sendiri bahawa merekalah yang berhak membuat keputusan dalam mendepani masalah bukannya meletakkan semua harapan kepada Barisan Nasional, jelas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Lim berkata demikian mengulas pendirian Pakatan Rakyat berhubung kesedaran rakyat untuk membuat keputusan yang bijak dalam pilihan raya kecil.

"BN bukanlah penyelesaian masalah, sebaliknya BN adalah masalah, oleh sebab itu Pakatan Rakyat harus tunjukan tentang perkara ini supaya rakyat jelas bahawa penyelesaian bukanlah menerusi BN tetapi menerusi diri sendiri," tegas Guan Eng.

Lim berkata demikian dalam satu sidang media selepas Mesyuarat antara Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri Pakatan Rakyat yang berlangsung petang tadi di Ibu Pejabat PKR.

Turut hadir, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dalam pada itu, Hadi Awang berkata kongkongan media yang berterusan merupakan satu ancaman kepada politik negara kerana ia adalah salah satu punca pemberontakkan rakyat pada negara Timur Tengah dan berharap UMNO-BN mengambil iktinar tersebut untuk berubah.

"Dimana media arus perdana masuk dalam setiap buah rumah, sedangkan kita hanya sebarkan maklumat dengan cara terhad dan tidak mampu memberi jawapan, dan inilah yang berlaku pada negera yang rakyatnya memberontak dan kita harapakan BN malakukan perubahan," ujar Hadi.

18 ulasan:

elia berkata...

Apapun, harus juga ada kerjasama antara pihak2 terlibat. Keutamaan kita adalah rakyat bukan untuk diri sendiri dan juga parti.

elia berkata...

Setiap masalah dapat diselesaikan dengan cara perbincangan. Kenapa perlu meletakkan tanggungjawab itu hanya pada satu pihak. Harus ada persefahaman. Jika tidak rakyat yang akan merana.

tombolo berkata...

semua bmasalah boeh diselesaikan jika kita bijak dalam mencari jalan penyelesaian dan lebih baik jika ada kerjasama dalam mencari penyelesaian.

madd berkata...

bagaimana pula dengan golongan peniaga yang tertindas di Pulau Pinang ketika kerajaan PR memerintah kini???

madd berkata...

tidak perlulah menyalahkan pihak lain. sepatutnya semua pihak berusaha menyelesaikan sebarang masalah yang ada, bukannya cuba menuding jari ke pihak lain.

Jason berkata...

Simply blaming other party for problems that occur doesn't do you any good. That's is a cowardly strategy to get support from the people.

Jason berkata...

Rather than putting a blame on other party, it would be much better to cooperate and find ways to solve the problem.

Hamdan Hadillah berkata...

Bagaimana pula dengan PR lain??Adakah mereka penyelesai masalah??Setahu sayalah mereka inilah yang merumitkan keadaan dan masalah yang ada. Suka mencari masalah orang lain tapi tidak ada apa cadangan untuk penyelesaian.

Mohd Ishak berkata...

Rakyat akan menentukan kerajaan yang sesuai.

nickko berkata...

"..penyelesaian bukanlah menerusi BN tetapi menerusi diri sendiri,"

bermakna penyelesaian bukan juga menerusi Pakatan tetapi diri sendiri. Pakatan juga penyumbang kepada banyak masalah di negara ini.

nickko berkata...

Pakatan tidak perlu mengaitkan politik di negara ini dengan pemberontakan yang berlaku di negara lain. seolah2 pakatan terdesak untuk merampas kerajaan sehingga sanggup memperkudakan nyawa rakyat dan mahu rakyat menjadi perisai untuk pemimpin2 Pakatan.

nickko berkata...

bagi saya Pakatan jauh lebih teruk dan tidak layak bercakap soal penyelesaian. sedangkan masalah parti sendiri tidak mampu diselesaikan, inikan pula masalah negara..

mandau berkata...

menyalahkan pihak lain takkan selesaikan masalah.

Paquin berkata...

Kenapalah harus menunding jari ke arah pihak lain???

Paquin berkata...

Apa salahnya jika rakyat bergantung harap kepada BN??? Lagipun pasti ada sebab munasabah rakyat menaruh harapan kan...

Paquin berkata...

Takkanlah rakyak nak berharap pada pihak yang tak boleh diharap kerana ia hanya akan menyulitkan lagi keadaan.

Paquin berkata...

Rasanya pakatan patut menilai kemampuan parti sendiri sebelum meperkatakan sesuatu yang -ve mengenai parti lain.

Paquin berkata...

Apapun, saya yakin rakyat matang dalam membuat penilaian jadi terpulanglah pada rakyat utk membuat pilihan.