Khamis, 10 Februari 2011

Anwar ‘gempur’ Seberang Jaya, Pulau Pinang 19 Feb

Norutul Ilham

PULAU PINANG: Siri jelajah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan ke Seberang Jaya, Pulau Pinang 19 Februari ini bakal ‘menggempur’ penduduk kawasan tesebut, kata Naib Ketua Satu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Ahmad Azrizal Tahir.

Ahmad Azrizal ketika dihubungi Keadilandaily.com memberitahu beliau yakin dengan sambutan penduduk di kawasan tersebut yang dianggarkan sekitar 5000 orang.

“Saya pasti sambutan menggalakkan kerana Seberang Jaya berada di bawah Parlimen Permatang Pauh.

“Lokasi ceramah itu akan diadakan di Padang Awam Jalan Sembilang, Seberang Jaya bermula jam 9 malam.

Mengulas isu yang akan dibangkitkan semasa ceramah tersebut, Ahmad Azrizal berkata, isu-isu semasa dan isu berhubung Pulau Pinang akan dijadikan topik utama ceramah tersebut.

“Isu semasa akan dibangkitkan Anwar dan semua panel. Tetapi kita memperuntukkan lebih kurang dua jam untuk Anwar.

“Setakat ini permit masih belum dikeluarkan walaupun kita sudah memohon,” ujarnya.

Menurutnya, ceramah pada malam itu juga akan menampilkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Adun Penanti, Datuk Dr Mansor Othman; Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Tiada ulasan: