Rabu, 2 Februari 2011

Soi Lek silap menilai sokongan Cina

ANALISIS
Ong Kian Ming

Apa pun keputusan pilihan raya kecil DUN Tenang, termasuk siapa yang undi siapa dan berapa banyak peratusannya, ianya tidaklah sepenting kerosakan hartabenda dan kesulitan yang dialami pengundi di situ dan tempat lain di Johor akibat dilanda banjir.

NONENamun, saya masih mempunyai tanggungjawab untuk menganalisa keputusan pilihan raya kecil itu. Sebelum ini, saya telah meramalkan
bahawa BN akan menang dengan majoriti 3,200 undi - meningkat 700 undi berbanding majoriti yang diperolehinya dalam pilihan raya umum 2008.

Manakala andaian jumlah pengundi Melayu, Cina dan India yang keluar mengundi ialah masing-masing 77 peratus, 71 peratus dan 58 peratus dan sokongan untuk BN mengikut kumpulan etnik ialah 85 peratus, 35 peratus dan 80 peratus.

Majoriti muktamadnya ialah 3,700 undi dengan BN memenangi 70 peratus undi popular daripada 67 peratus pemilih berdaftar yang keluar mengundi Ahad lalu.

Salah satu persoalan yang dibangkitkan berhubung keputusan pilihan raya ini ialah sama ada undi masyarakat Cina kepada BN meningkat atau sebaliknya.

DAP mengatakan undi Cina untuk Pakatan Rakyat meningkat kepada 70 peratus berdasarkan keputusan di pusat pengundian Bandar Labis Tengah yang 96 peratus pengundi adalah Cina. MCA pula mengatakan bahawa undi untuk BN meningkat kepada 45 peratus, berdasarkan kepada hakikat bahawa BN menang di tiga daripada empat pusat pengundian majoriti Cina.

Pada masa yang sama, terdapat kesepakatan umum bahawa undi Melayu dan India telah berbalik kepada BN, dan ini menjelaskan peningkatan 1,200 undi majoriti yang diperolehi BN.

Siapa yang betul - DAP atau MCA? Apakah ia penting sangat?

Tiada ulasan: