Rabu, 9 Februari 2011

1,439 rakyat Malaysia yang dipindah dari Mesir pulang ke tanah air hari ini

BERNAMA

SEPANG — Seramai 1,439 rakyat Malaysia yang dipindahkan dari Mesir ekoran pergolakan politik di negara itu, akan tiba di sini hari ini.

Timbalan Menteri Luar A.Kohilan Pillay berkata kumpulan pertama melibatkan 357 orang kebanyakannya pelajar, tiba dengan penerbangan MH8031 dari Jeddah, Arab Saudi kira-kira pukul 7.30 pagi.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, beliau berkata 3,864 lagi rakyat Malaysia yang dipindahkan ke Jeddah dari Mesir akan pulang ke tanah air selewat-lewatnya Ahad ini.

Menurutnya semua mereka dipindahkan di bawah Ops Piramid, iaitu operasi bagi membawa keluar rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir akibat demonstrasi anti kerajaan yang memuncak di beberapa bandar raya negara itu, ke Jeddah, sejak minggu lepas.

Sejumlah 7,209 rakyat Malaysia sudah dibawa keluar dari beberapa bandar raya di Mesir ke Jeddah di bawah Ops tersebut sehingga kini.

Tiada ulasan: