Khamis, 10 Februari 2011

12 lagi kematian dicatatkan hari ke-14

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR

KUALA LUMPUR – Penunggang dan pembonceng motosikal terus mencatatkan angka kematian tinggi apabila 10 daripada 12 kematian yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam Ops Sikap Ke-23, semalam, pengguna jalan raya terbabit.

Menurut laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM), 12 kematian dicatatkan semalam, menjadikan angka korban kemalangan jalan raya sepanjang Tahun Baru Cina ini meningkat kepada 189 orang.

Ops Sikap Ke-23 yang dilancarkan sejak 27 Januari lalu akan berakhir hari ini.

Tiada ulasan: