Isnin, 10 Januari 2011

Yuran Sekolah 2011. Kerajaan Bagila Naik Peruntukkan!!

Staff Berita Semasa

yuran sekolah 2 Yuran Sekolah 2011. Kerajaan Bagila Naik Peruntukkan!!

Macam mana dengan sesi persekolahan yang dibuka baru-baru ini? Yuran sekolah? Kalau sebelum ini Menteri Pelajaran dah bagi amaran yang tak mahu sekolah-sekolah suka-suka hati mengenakan yuran tambahan sehingga membebankan rakyat. Tetapi adakah menteri melihat keperitan guru-guru di sekolah selama ini? Guru-guru ini peritnya mereka ini, sehingga sanggup mengeluarkan belanja sendiri. Memang peruntukkan tak cukup nak buat macam mana? Segala-galanya dipotong. Itu yang sekolah dah jadi satu institusi perniagaan sekarang ini.

Menteri cakap jangan sesekali pihak sekolah bebankan ibu bapa, tetapi yang nak “kena sembur” dan kena marah dengan ibubapa, guru-guru di sekolah juga. Macam kes sebelum ini, cakap yuran percuma walhal yang percuma itu cuma dalam RM4.50- RM9 sahaja, padahal ada lain-lain yuran tambahan yang perlu dibayar. Apabila makcik Felda dan orang-orang di kampung mendengar lain daripada apa yang diumumkan di televisyen dan akhbar, mulalah mereka melatah, akhirnya yang kena sekolah juga.

Yuran percuma yang dicanang seantero Malaya. Dalam masa yang sama, tiada penerangan yang jelas.

yuran sekolah 4 Yuran Sekolah 2011. Kerajaan Bagila Naik Peruntukkan!!

Yang menjadi persoalannya sekarang :

  • Kenapa perlu PIBG mencari dana mereka sendiri menerusi perahan wang rakyat termasuk ibubapa sedangkan kerajaan yang perlu menjalankan tugas membantu sekolah dari semua aspek termasuk kewangan?

Kami tak nak mengatakan yang masalah ini terletak 100% di bawah pengurusan sekolah termasuk guru-guru. Realiti di sesetengah sekolah hari ini :

  • buku tulis kena beli yang ada lencana sekolah- dah tentu kena beli kat koperasi sekolah yang semstinya mahal daripada harga biasa
  • tali pinggang kena beli yang ada lencana yang semestinya mahal
  • buku lukisan elok-elok boleh beli di kedai 2 ringgit, sekolah buat pula buku lukisan yang siap ada gambar di dalam (nak tak nak kena beli kat koperasi sekolah)
  • Segala macam latihan, aktiviti sekolah, fotostat, guru kene bayar dan keluarkan duit sendiri termasuk aktivitidan sukan yang dijalankan di sekolah. Bil air dan bil lektrik pihak sekolah sendiri yang bayarkan sekarang.

yuran sekolah 3 Yuran Sekolah 2011. Kerajaan Bagila Naik Peruntukkan!!Nak kata, kami ini datang daripada kalangan berkeluarga susah tidaklah, dan mampu untuk hidup walaupun dengan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan ketika ini. Yang menjadi persoalannya sekarang, bagaimana dengan anda-anda yang tak mampu di luar sana, mak pak cik di kampung, golongan pertengahan yang tinggal di kawasan bandar?

moz screenshot 3 Yuran Sekolah 2011. Kerajaan Bagila Naik Peruntukkan!!

Sebab apa terjadi ini semua? Banyak peruntukkan untuk sekolah-sekolah telah dipotong. Sekolah kena cari duit sendiri bagi menampung perbelanjaan sekolah. Jadi suka tak suka, mahu tak mahu mereka (guru-guru perlu jadi “peniaga” sekarang ini

  • yuran sekolah campur ngan buku-buku latihan
  • baju sekolah anaka-anak, seorang, dua orang, 3 orang?
  • sekolah agama , yuran + buku-buku
  • baju, seluar, sampin sekolah agama
  • tambang bas sekolah 2 sesi
  • transit ke taska
  • majalah sekolah dan lain-lain lagi
  • tak campur yuran PIBG lagi
  • koperasi
  • buku latihan tambahan selain buku teks
  • campur tambang bas, van lagi
  • duit kertas pepereksaan pun nak dikenakan
  • lain-lain lagi…….

Ya betul, mungkin yang bergaji RM4000 sebulan boleh dikatakan mampu untuk membayar tanpa sebarang masalah. Tetapi….tetapi, perlu diingat rakyat Malaysia hari ini bukan semuanya berpendapatan RM3000 ke atas sekarang ini, ada lagi ramai di luar sana yang bergaji RM1,500 ke bawah yang perit hidupnya. Kadang-kadang ada yang fikir dua tiga kali untuk bertukar yang baru. Baju, beg dan kelengkapan lain yang masih boleh pakai 2, 3 tahun pun tak mengapa. Tapi, yelah ibubapa mahal macam mana pun, anak punya pasal gagahkan diri juga usaha selagi boleh. Janji anak dapat bersekolah dnegan sempurna.

yuran sekolah 5 Yuran Sekolah 2011. Kerajaan Bagila Naik Peruntukkan!!

Kami tak terfikir pun sampai nak minta kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada semua. Cukuplah berikan peruntukkan yang lebih kepada sekolah Subsidi sudah ditarik, jadi dengan penjimatan tersebut itulah kamu (menteri) gunakan untuk menampung perbelanjaan anak-anak yang datang daripada keluarga yang susah dan sederhana (berkelayakan untuk dapat bantuan)? Ini tidak sibuk kejarkan nak buat projek Menara Warisan RM5 billion yang tak tahu hala tujunya, rakyat miskin yang tak berapa nak mampu tampung perbelanjaan anak-anak dapat tempias apa dengan menara 100 tingkat itu?

Ya betul kita ada Baitulmal untuk bantuan bagi keluarga yang berpendatan rendah dan tak berkemampuan :

  • Tetapi yang datang memohon confirm boleh dapat ker?
  • Kena is borang dahulu
  • Kemudian kepilkan payslip dan macam-macam lagi
  • Ada temuduga pula……
  • Kemudian tunggu sebarang panggilan tentang keputusan permohonan tersebut

Banyak prosesnya. Yang minta pula, bukannya orang yang mudah untuk berulang-alik. Kalau dilihat trend sekolah hari ini, banyak sekolah yang terpaksa pula pungut derma. Sungguh kasihan realiti hari ini. Nak buat aktiviti yang sepatutnya di sekolah pun minta simpati dan bantuan orang lain. Tak bolehkah kerajaan berikan peruntukkan yang lebih kepada sekolah? Adakah kita akan rugi dan kerajaan akan bankrap apabila memberikan peruntukan yang lebih demi masyarakat dan rakyat yang berilmu?

Yuran sekolah Yuran Sekolah 2011. Kerajaan Bagila Naik Peruntukkan!!

Cerita guru sekolah di bandar lain, cerita sekolah di luar bandar lain. Cerita guru di sekolah elit lain, cerita guru di sekolah biasa lain :

  • Tahun ini budget sekolah (SAR, SK, SMK) hanya RM95 juta, tetapi boleh pula bagi RM111 juta untuk Permata (budget 2011). Nampak double standard di tu? Masalah lain tak selesai, nak rancang dan buka benda lain….
  • Sekolah KLUSTER mendapat bantuan kerajaan sebanyak RM500,000 ribu setahun. Kalau sekolah-sekolah sebegini boleh diberikan peruntukkan sejumlah besar, mengapa tidak diberikan juga kepada sekolah-sekolah yang lain? Mereka tidak berhakkah untuk mendapat kenikmatan pendidikan dan bantuan yang elok daripada kerajaan?
  • Kalau ye pun nak naikkan sekolah-sekolah Kluster ini, janganlah berikan jurang yang terlalu besar di antara sekolah-sekolah yang lain daripada segi peruntukkan contohnya.
  • Memanglah kalau dah semuanya pelajar yang dapat 5A, 8 A masuk situ dan diberikan pula peruntukkan yang besar, takkan pencapaian mereka tak boleh meningkat? Jadi bagaimana pula dengan sekolah biasa yang lain?

P/S : Walaubagaimanapun, diharap ibu bapa apabila diadakan mesyuarat dan perjumpaan PIBG, datanglah. Bukan untuk orang lain, untuk anak anda juga. Segala ketidakpuashatian dan cadangan boleh diusulkan semasa perjumpaan tersebut. Barulah ada check and balance daripada perbelanjaan, aktiviti, dan sebagainya, antara kedua-dua belah pihak.

PP/S : Setiap tahun, dok ulang sahaja isu yuran sekolah ini. Tetapi malangnya “Pimai-pimai Tang Tu Juga”. Masih belum nampak penyelesaiannya.

25 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Pendidikan adalah penting untuk pembagunan negara dan memupuk masyarakat yang berdaya maju. Sepatutnya kerajaan cuba menggalakkan semua budak untuk bersekolah dengan merendahkan yuran ataupun tidak mengenakan yuran langsung. Kebanyakan anak kecil yang terpaksa keluar sekolah kerana ibu-bapa tidak lagi mampu menampung kos sekolah yang tinggi. Negara kita mampu menghantar 2 orang angkasawan ke bulan, tak mungkin kita tak mampu menghapuskan yuran sekolah sekali gus.

tombolo berkata...

kerajaan kena berikan peruntukan lebih untuk sistem pendidikan negara kita, bangunkanlah sekolah2 kita kerana ia penting melahirkan generasi berilmu.

madd berkata...

sememangnya pendidikan perlu diambil berat. pembangunan pendidikan perlulah sentisa dilakukan dari masa ke masa. namun, kemampuan kewangan kerajaan juga perlu diambil kira.

madd berkata...

semoga pekara ini dapat diberikan perhatian dan kualiti pendidikan negara akan terus meningkat.

mandau berkata...

berikan tumpuan pada pendidikan. ia memacu kepada perkembangan negara kita pada masa hadapan.

Nemia berkata...

DPM has made an announcement last year that no additional fees for students.

onong berkata...

Isu peruntukan tidak seharusnya menjadi medan perang mulut.

chimchim berkata...

Solely blame the government won't solve the problem.

Velove berkata...

Ibu bapa yang harus menanggung beban dek yuran sekolah yang semakin melambung naik.

Ezef berkata...

The Education Ministry should make a clear stand on this.

mike berkata...

yuran yang mahal antara punca ramai anak2 tidak bersekolah kerana pendapatan keluarga yang umpama 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'..

mike berkata...

sekolah adalah institusi yang amat penting kerana ianya tempat untuk mendapatkan ilmu..anak2 adalah generasi masa akan datang dan merekalah yang akan menentukan nasib negara kita..seharusnya institusi ini dijaga dengan baik dari semua segi termasuk kewangan..peruntukkan yang lebih harus diberikan kepada semua jenis sekolah di malaysia tanpa pengecualian..

mike berkata...

diharap kerajaan khasnya kementerian berkenaan harus mempertimbangkan isu ini sebaik-baiknya dan memberikan penyelesaian..

Paquin berkata...

Teringat masa baru masuk sekolah menengah dulu, parents p pinjam duit dgn saudara mara lain utk bayar yuran.. huhuhu, sedihnya bila ingat balik.

Paquin berkata...

Malah penah pungut derma & buat tamu cari dana utk aktiviti sekolah. Memang kesian tapi, pengalam inilah yang menyebabkan saya tahu apa makna duit :)

Paquin berkata...

Sebenarnya kalau memang mahu belajar, isu peruntukan takkan timbulah. Memanglah susah tapi asalkan ada usaha kesusahan pasti berlalu.

Paquin berkata...

Saya harap perkara ni diberi perhatian sewajarnya dan buatlah apa yang patut.

Paquin berkata...

Setuju dengan komen chimchim, menyalahkan kerajaan belum tentu dapat menyelesaikan sesuatu hal.

Hosie Masie berkata...

Sepatutnya ibubapa perlu tahu, yuran memang percuma, tapi jangan lupa yuran untuk sekolah lain dan yuran untuk belajar lain. Yang percuma yuran untuk belajar tapi yuran yang dikenakan oleh sekolah itu lain. Maka tolong fahami semua itu.

Hamdan Hadillah berkata...

Benar, ibubapa diingati sekiranya ada perjumpaan dengan PIBG maka haruslah berikan sokongan untuk mengetahui maklumat dan berita terkini. Jika ada masalah boleh tolong kemukakan maka senang pihak PIBG mengumpul maklumat masalah yang dihadapi.

Hamdan Hadillah berkata...

Pendidikan itu penting dari harta dan duit. Jadi jangan hanya bayar yuran sedikit sudah marah-marah. Fikirkan juga kesusahan orang lain. Jangan fikirkan diri sendiri sahaja.

Tanpa Nama berkata...

adakah kerajaan dinegara2 lain menanggung 100% perbelanjaan pelajar mereka? yang merangkumi pakaian, tambang, yuran, buku dan sebagainya.. sejak dulu lagi beban ini sebenarnya lumrah kepada pelajar dan ibubapa. hanya pembangkang sahaja yang menganggapnya luar biasa kerana faktor politik.

Tanpa Nama berkata...

pembangkang hanya pandai mengelirukan rakyat tapi mereka juga sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. kan bagus jika mereka mendesak untuk membaik pulih sekolah2 yang rosak atau uzur serta menambah kemudahan untuk kegunaan pihak sokolah.

elia berkata...

Yuran sekolah tinggi?? jangan terkejut jika ada yang tidak mendaftarkan anak mereka untuk pergi kesekolah.

elia berkata...

Tapi sedar tidak sedar kita sudah melangkah ke arah baru, nilai duit kita semakin hari semakin mahal, dan saya percaya gaji pun sentiasa bertambah. Oleh itu cari jalan penyelesaian.