Isnin, 10 Januari 2011

Wanita Pakatan protes harga barang naik

Harakahdaily

SHAH ALAM: Lebih 50 pimpinan wanita Pakatan Rakyat Selangor hari ini mengadakan protes aman membantah kenaikan harga barangan di pasar tani Seksyen 13 di sini.

Program itu turut disertai Skuad Penyelaras Komunikasi Selangor (Pikom).

Tindakan itu dibuat menyedarkanmasyarakat berhubung tindakan kerajaan Umno BNyang telah menaikkan beberapa harga barangan keperluan sehingga mengakibatkan rakyat kebanyakan terjejas.

Beberapa pimpinan Wanita PKR antaranya, Exco Selangor, Rodziah Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha serta beberapa ketua Wanita peringkat cabang turut menyertainya.

Mereka antara lain turut serta mengedar risalah kepada peniaga dan juga orang ramai yang datang untuk membeli barang keperluan di pasar tani tersebut.

Himpunan kira-kira sejam yang turut mengadakan perarakan mengelilingi pasar tani itu dan mendapat sambutan dari pengunjung.

Bagaimanapun tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku, dan mereka kemudiannya bersuarai dengan aman.

13 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Aktiviti protes seperti ini bukan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah. Tidak kira bagaimana kita protes ataupun marah, harga barang tetap naik.

Jason berkata...

Protesting is not good enough. Better to settle this price hike issue thru discussion and brainstorm ways to lighten the people's burden.

Jason berkata...

I hope this matter will be solved professionally.

tombolo berkata...

mmg ramai yang tidak setuju dgn kenaikan harga barangan. tp tak perlulah nk buat protes. ia bukan jalan penyelesaian, cari jalan bagi mengatasi hal ini dgn cara yang lagi baik.

madd berkata...

melakukan protes seperti ini bukanlah cara yang baik untuk mencari penyelesaian.

madd berkata...

tidak kira apa isu pun yang berlaku perlulah diatasi dengan cara yang lebih profesional dan bukannya dengan melakukan protes jalanan.

Paquin berkata...

Siapa lah ba yang gembira pasal kenaikan harga tapi kalau nak protes tu agak-agak jugalah.. Bukankah lebih baik dibawa berbincang atau cari cara lain selain dari protes?

Paquin berkata...

Setuju Jason, saya pun harap agar hal ni dapat diselesaikan secara profesional.

Hamdan Hadillah berkata...

Harga naik itu semua rakyat pun terasa sekali. Tapi apa yang kerajaan lakukan untuk kebaikkan kita juga. Protes tidak ada guna jika perkara itu sudah berlaku. Apa yang kita mahu sekarang cuba kerajaan melakukan sesuatu bagi mengawal kenaikan harga barang yang melampau.

Tanpa Nama berkata...

kenaikkan harga barang adalah disebabkan oleh kenaikkan harga petrol, dan kenaikkan harga petrol adalah dipengaruhi oleh harga pasaran dunia. jadi bukan kerajaan yang menaikkan harga itu. pembangkang tidak ada pengalaman mentadbir negara jadi mereka tidak tahu apa berkenaan dengan urus tadbir negara melainkan membangkang dan memprotes.

Tanpa Nama berkata...

kenapa tidak protes harga air naik di kedah dan pulau pinang? harga air tidakpun dipengaruhi oleh harga pasaran dunia, malah air adalah keperluan yang paling asas..

Tanpa Nama berkata...

niat yang kononnya Wanita PKR prihatin dalam masalah rakyat sebenarnya membuatkan rakyat lagi susah. Bukankah disitu tempat untuk orang berniaga dan tempat orang ramai membeli barangan keperluan harian. masih waraskah wanita PKR ini, dengan mengadakan demo di kawasan tersebut, membuatkan hasil perniagaan merosot. mana tidaknya, jalan sesak dan keadaan pasar tani yang huru-hara membuatkan orang ramai yang ingin membeli barang keperluan harian terbantut. Kalau ia pun nak cari populariti politik murahan dan nak mempromosi diri banyak lagi tempat yang boleh berdemo. Jangan kacau tempat orang nak cari makan.

elia berkata...

Protes xprotes harga barang akan naik, jika bukan hari ini mungkin hari esok... Itu sudah pasti.