Rabu, 5 Januari 2011

Umno tersepit, minta PAS bersama - Anwar

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Umno yang berusaha untuk bersama PAS membayangkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) sedang tersepit menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bagi beliau, apa yang perlu dibuat Umno bukannya itu tetapi menghentikan rasuah, penindasan dan kezaliman terlebih dahulu.

Semalam Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, beliau telah ke Istana Terengganu di Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan dari Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Undangan itu disampaikan oleh bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Abdullah melawat beliau di Hospital Unibersiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sebelum ini.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut," kata Nik Aziz dalam satu kenyataannya semalam.

Turut serta dalam majlis santapan malam di Istana Terengganu itu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin.

Bagi Anwar, apa yang berlaku adalah, "Bila Umno tersepit, minta PAS bersama." Kenyataan ini dibuat Anwar melalui twitternya.

Dalam kenyataannya Nik Aziz meminta semua pihak menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana dengan tidak membuat andaian tentang pertemuan itu.

"Saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana," katanya.

11 ulasan:

tombolo berkata...

lebih baik PAS bersama UMNO daripada bersama PKR.

Tanpa Nama berkata...

siapa yang tersepit sebenarnya? bukankah PKR yang sedang tersepit kerana semakin ramai ahli yang keluar parti. terkini Dr Jeffrey Kitingan pula yang keluar dari PKR.

Tanpa Nama berkata...

kepada mana-mana parti pun, lebih fokus terhadap tanggunjawab kepada rakyat. itu lebih penting..

mandau berkata...

PKR sebenarnya risau jika PAS bersama UNMO kerana PKR kini makin tenggelam.

nickko berkata...

tanpa PAS pun BN masih mampu mengekalkan kedudukan sebagai sebuah parti pemerintah. tujuan mempelawa PAS menyertai BN hanya untuk menyelamatkan parti itu dari terus menjadi tunggangan DAP dan PKR.

nickko berkata...

Anwar tidak perlu menasihati BN untuk menghentikan rasuah, penindasan dan kezaliman.. semua itu hanya pembohongan dan fitnah pembangkang, malah pembangkanglah yang mengamalkan politik kotor sehingga kita menyaksikan ahli2 PKR keluar parti. Anwar perlu memberikan tumpuan yang lebih kepada parti sendiri sebelum menyerang parti lawan.

Paquin berkata...

Takda gunanya kalau tahu komen ja... Napa tak perbaiki keadaan parti sendiri ja:P

Paquin berkata...

Setuju fazlin. fokuslah pada kepentingan rakyat dan ketepikan hal lain. Apapun terpulanglah pada penilaian rakyat sendiri.

Hosie Masie berkata...

PKR sendiri pun takut jika PAS bersama UMNO. Percaya atau tidak itulah hakikatnya. PKR akan kalah teruk jika PAS bersama UMNO. Maka itu sebab kenapa Anwar turun padang bila UMNO ajak PAS> PAS adalah boneka PKR semata-mata untuk menjadikan impian mereka menjadi kenyataan. Tidak mustahil PAS akan ditinggalkan jika PR menang nanti.

Anak Sabah berkata...

Betulkah Umno ada minta PAS untuk bersama mereka? Bukankah PAS yang pertama sekali meminta Umno mengikut mereka?

Antanum berkata...

Lebih baik memperbaiki kekurangan parti sendiri daripada, sibuk dengan parti lain dan pada akhirnya, parti lain yang lebih berkembang...