Rabu, 12 Januari 2011

Ugutan pecat ahli Felda, Pemuda PAS berang

MALAYSIA KINI

Pemuda PAS berang dengan tindakan pengerusi baru Felda, Tan Sri Isa Samad yang dilaporkan mengugut untuk memecat mana-mana kakitangannya yang menyokong Pakatan Rakyat.

Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen berkata ugutan Isa itu disampaikan ketika pertemuan sulung Isa dengan seluruh kakitangan syarikat kumpulan Felda, baru-baru ini.

azlanHerman berkata ugutan terbuka itu membuktikan betapa terdesaknya BN untuk merampas semula sokongan daripada kakitangan Felda menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Ugutan terbuka itu mengambarkan betapa terdesaknya BN untuk mengembalikan sokongan kakitangan dan seluruh peneroka Felda kepada mereka.

"Inilah budaya lapuk BN, bila terdesak mereka akan mengugut dan menekan kakitangan kerajaan dan agensi yang berkaitan supaya terus menyokong BN.

"Kalau 10 atau 20 tahun lalu, bolehlah beliau buat ugutan begini kerana pada masa itu rakyat tak celik undang-undang dan pelembagaan. Hakikatnya Isa tidak boleh sesuka hatinya memecat kakitangan Felda yang menyokong Pakatan,” kata Herman dalam satu kenyataan media.

NONEBeliau berkata hak setiap kakitangan Felda adalah untuk menyokong mana-mana pemimpin dan parti yang dipilih merekaadalah dijamin oleh perlembagaan.

Justeru, menurut Herman adalah kesilapan besar jika Isa, memecat kakitangan Felda kerana tindakan itu akan menyaksikan beliau diheret ke mahkamah.

"Kita menggesa supaya pihak SPRM meningkatkan pemantauan kepada organisasi Felda di bawah pengurusan Isa, kerana rekod sudah membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang bersih.

"Skandal rasuah beliau ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan tidak mudah dilupakan rakyat. Begitu juga dengan rasuah yang beliau tebarkan sepanjang kempen di Bagan Pinang tahun lalu.

"Kenapa orang sebegini masih mendapat tempat dalam organisasi seperti Felda. Apa agenda Najib sebenarnya?" soalnya.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

benarkah dakwaan ini. bukankah itu hak masing2 nak memlih parti mana yang disukai. dakwaan ini tak ada asas yag kukuh.

Mohd Ishak berkata...

Tidak sepatutnya memecat ahli Felda kerana menyokong PKR. Memilih parti yang diingini adalah hak setiap rakyat.

samm berkata...

tidak tahu lagi sama ada dakwaan ini benar atau tidak. mungkin cuma khabar angin.

samm berkata...

sejak akhir-akhir ini felda menjadi tumpuan sesetengah pihak dan beberapa isu dimainkan.

Tanpa Nama berkata...

mana kenyataan beliau itu yang kononnya berunsur ugutan? atau sekali lagi PAS cuba menggunakan pembohongan untuk mengelirukan rakyat?

Tanpa Nama berkata...

bagimana pula dengan dakwaan kononnya PAS hanya menghulurkan bantuan mangsa banjir kepada penyokong PAS? itu lebih kejam dari ugutan..

Hamdan Hadillah berkata...

Adakah ini cerita reka oleh PAS semata-mata. Janganlah jadi batu api mahu menghasut ahli Felda supaya benci dengan kerajaan. Kita tahu pembangkang mempunyai pelbagai helah untuk menjatuhkan kerajaan.

Bujang Senang berkata...

Ahli Felda mempunyai pilihan tersendiri. Maka ini sungguh mustahil ketua baru Felda mengatakan ugutan sedemikian. Kita tidak mahu Pembangkang cuba untuk memecah belahkan Felda yang ada sekarang.

Sanih Alias berkata...

Ugutan tidak perlu ada bagi ahli Felda. They have own choice for the future. Harap pembangkang tidak perlulah membesarkan cerita ini hanya untuk kepentingan sendiri.

Sanih Alias berkata...

Khabar angin keluar lagi untuk Felda. Kenapa PAS mahu berang pula sedangkan kita tidak tahu benar atau tidak dakwaan ini. Bukankah memalukan diri sendiri saja nanti marah tanpa sebab. PAS yakinkah ugutan ini ada??Mungkin lepas ini mungkin PAS tengah mencari bukti dan tengah membuat bukti sendiri supaya tidak memalukan diri sendiri. Oleh itu lebih baik bersabar dan tidak perlu bertindak melulu. Pastikan dulu kebenaran dalam kes ini.

Gopuk berkata...

Kenapa bertindak demikian? ugutan dan segala tindakan yang tidak bermoral adalah amat dibenci.

Gopuk berkata...

Tidak perlu menggunkan kekerasan. Nanti orang akan membenci kita. Hal ini perlu disiasat dengan segera.