Khamis, 13 Januari 2011

TUKAR REL KERETAPI KEPADA JALAN RAYA

Oleh: MAIL MATHEW

NAIB Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah meminta kerajaan negeri khususnya Kementerian Infrastruktur Sabah perlu menjelaskan rasional kelewatan menyiapkan kerja-kerja menaiktaraf landasan keretapi antara Beaufort ke Tenom yang menelan belanja kira-kira RM250 juta, namun pelaksanaan kerja-kerja tersebut gagal disiapkan sehingga menjangkau hampir lima tahun yang menimbulkan pelbagai tanggapan negatif di kalangan rakyat ketika ini.

Tegasnya, disebabkan kegagalan menyiapkan projek tersebut telah mengundang berbagai masalah kepada pengguna khususnya penduduk-penduduk di kawasan Rayoh dan Pangie yang mengharapkan perkhidmatan keritapi untuk melunaskan pelbagai urusan mereka seharian ke pusat bandar.

Tegasnya, disebabkan masalah itu penduduk kampung terpaksa berjalan kaki sejauh 10 km dari Pangie ke Tenom memikul hasil pertanian seperti getah dan padi untuk dipasarkan malah para pelancong yang menjalankan aktiviti riadah di kawasan Rayoh dengan aktiviti ‘white water rafting’ turut tergendala.

“Selain kerajaan kehilangan sumber ekonomi kerana ketidak hadiran pelancong luar ke Pangie tetapi ia seakan-akan menjadi medan penyeksaan kepada penduduk kampung yang terpaksa berjalan kaki berpuluh kilometer setiap hari membayangkan bahawa mereka ini seolah-olah telah kembali semula ke zaman kolonial lagi yang sekadar mendapat kemudahan asas infrastruktur yang minima,” tegas Jimmy ketika memberitahu Sabahkini.net petang tadi.

Sehubungan itu, Jimmy menggesa agar kerajaan mencari jalan penyelesaian secepat mungkin kerana ada sesuatu yang tidak kena dan sewajarnya mengundang campurtangan SPRM.

Beliau turut mencadangkan agar SPRM diberi laluan untuk menjalankan siasatan punca kegagalan kontraktor dalam pembinaan itu dan mengapakah kontraktor itu tidak ditamatkan kontraknya sedangkan ia telah gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang cukup lama.

Dalam pada itu, beliau menekankan agar di sebalik kegagalan itu, mungkin ada baiknya laluan keretapi itu ditukarkan sebagai jalanraya bagi kenderaan kereta dari Tenom ke Beaufort. Jalanraya itu akan memberi lebih manfaat kepada penduduk di Pedalaman khususnya daerah Tenom dan Kemabong daripada laluan keretapi sebab ia akan digunakan dalam masa 24 jam dengan berbagai jenis kenderaan berbanding dengan perkhidmatan keretapi yang berjadual.

“Saya yakin kerajaan akan menanggung kerugian besar jika perkhidmatan keretapi ini siap kelak. Adakah pihak KTMB ataupun pengusaha keretapi negeri KNS sanggup menanggung beban penyelenggaraan dengan alasan ‘perkhidmatan sosial’? dan adakah pihak kerajaan bersedia untuk memberi geran perkhidmatan keretapi setiap tahun dan berapakah kosnya?” tanya Jimmy.

30 ulasan:

azman berkata...

kelewatan menyiapkan kerja-kerja menaiktaraf landasan keretapi antara Beaufort ke Tenom menyebabkan kerumitan kepada penduduk yang bergantung kepada perkhidmatan keretapi tersebut.

azman berkata...

semoga pekara ini dapat diselesaikan dengan segera demi kebaikan penduduk.

Jason berkata...

The railway suppose to be completed years ago but till now it hasn't. The public deserve to know the reason for this. Therefore, explanation from the government is necessary to clear things up.

mantra berkata...

mgkin ada sebab tertentu kerja2 menaiktaraf landasan keretapi tu lwat disiapkan. apapun , harap ia akan disiapkan tak lama lagi.

Jason berkata...

If the government doesn't not intend to complete the railway, might as well change it into road for the sake of the people. The people have been suffering far too long. 10km of walking distance while carrying their goods can be very tiring. I suggest the "wakil rakyat" to try walking 10km every day to understand how the people feel.

Jason berkata...

But whatever it is, I do hope the railway will be completed by this year. Enough of delaying. Do it now!

Tanpa Nama berkata...

I hope the upgrading of the rail tracks can complete soon. There are some postponing previously and the contractors should make up for lost time.

Tanpa Nama berkata...

Keperluan mempercepatkan projek naik taraf perkhidmatan kereta api Beaufort ke Tenom amat mendesak untuk menjana ekonomi penduduk sepanjang laluan landasan di samping meningkatkan mutu pengangkutan awam bagi merangsang pertumbuhan sektor pelancongan. kerajaan perlu memandang serius kelewatan ini kerana kesannya turut dirasai sama oleh penduduk sekitar.

Tanpa Nama berkata...

jangan biarkan rakyat terus melahirkan tanggapan negatif dan jangan biarkan pihak2 yang berkepentingan terutamanya ahli2 politik terus memainkan isu ini. berikan penjelasan dan bertindaklah seperti yang disarankan dalam artikel ini.

Unknown berkata...

Mungkin ada sebab kenapa kereta api ini tidak beroperasi lag. Apa pun kerajaan negeri perlu jelskan sebab kepada rakyat. Supaya rakyat tidak menjadikan ini persoalan untuk mereka.

Bujang Senang berkata...

Kelewatan yang berlaku ini menyebabkan kesusahan kepada penduduk yang bergantung dengan landasan itu. Maka semoga landasan ini dapat dibuka dengan secepat mungkin.

Hosie Masie berkata...

Landasan Beaufort tenom merupakan landansan penting bagi kegunaan harian penduduk sepanjang landasan itu. Landansan ini digunakan sebagai pengangkutan mengangkat barang-barang pergi kepasar dan juga untuk murid-murid pergi kesekolah. Maka kita mengharapkan masalah ini akan dapat diselesaikan sebolehnya untuk kepentingan penduduk sekitarnya.

Tanpa Nama berkata...

sebaiknya kerajaan mempercepatkan projek naik taraf landasan keretapi tersebut kerana keretapi itu adalah pengangkutan utama penduduk sebelum ini.

mike berkata...

kelewatan tersebut telah menyusahkan dan membebankan pelbagai pihak terutama kepada mereka yang amat memerlukannya..

mike berkata...

mungkin cadangan untuk menukarkannya kepada jalanraya perlu dipertimbangkan..

mike berkata...

pihak berkuasa seperti SPRM mungkin perlu campur tangan untuk menyiasat kelewatan ini kerana mungkin berlaku penyelewengan.

mike berkata...

penjelasan harus diberikan oleh pihak kerajaan berkaitan dengan isu ini bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat khasnya mereka yang amat memerlukan perkhidmatan tersebut.

Paquin berkata...

Kesiannya... Napalah boleh lewat sehingga membebankan penduduk. huhu

Paquin berkata...

Saya yakin pasti ada sebab munasabah berlakunya kelewatan ini namun bagi saya penjelasan harus dibuat disusuli tindakan bagi mengelakkan sebarang ketegangan berlaku.

Paquin berkata...

Betul tu rebirth. Bertindaklah segera sebelum kemarahan penduduk makin membara.

Paquin berkata...

Rasanya cadangan untuk menukar rel kepada jalan raya patut diberi perhatian.

Paquin berkata...

Semoga perkara ini dapat ditanggani segera.

Mohd Ishak berkata...

Jalan raya memang diperlukan, tapi rel kereta api ini boleh menarik minat pelancong.

Ezef berkata...

I think this is the best way to strengthen the gap between Beaufort and Tenom.

amy berkata...

Manalah wakil rakyat kawasan ini..

onong berkata...

Menteri yang berkenaan harus mengambil inisiatif.

chimchim berkata...

Come on, they have had enough. Please give them a chance.

Velove berkata...

Jalan raya merupakan satu sistem yang amat pragmatik.

Nemia berkata...

I agree. This is totally a great idea.

Gopuk berkata...

Secara peribadi, tertanya2 juga bila keretapi ini akan beroperasi. Kenapa lama sangat. Semestinya kami sebagai rakyat inginkan penjelasan.