Khamis, 6 Januari 2011

Sultan Selangor pertahan pelantikan Khusrin SUK sah



Sultan Sharafuddin (kiri) menegaskan bahawa pelantikan Khusrin sah mengikut perlembagaan negeri. — Gambar oleh Choo Choy May

SHAH ALAM — Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri adalah sah, meskipun dibantah oleh kerajaan negeri.

Sultan Selangor menekankan bahawa baginda bersikap berkecuali dalam kemelut semasa berhubung pelantikan Khusrin.

Malah baginda bertitah perkara itu tidak perlu dipolitikkan.

“Beta mahu menekankan bahawa pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri selari dengan perlembagaan negeri dan juga perlembagaan persekutuan.

“Saya tidak mahu isu ini dipolitikkan, disensasikan sehingga menyebabkan kekeliruan di kalangan rakyat. Harapan beta ialah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau dengan cemerlang,” titah Sultan Selangor.

Tiada ulasan: