Khamis, 13 Januari 2011

SPR tidak buat persiapan pilihan raya umum

S Pathmawathy

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan pada bulan Mac ini ketika cuti persekolahan.

"Buat masa ini, kita tidak mempersiapkan diri untuk pilihan raya umum.

NONE"Pilihan raya kecil Tenang bakal menjelang dan pilihan raya negeri Sarawak dijadualkan sebelum Julai, dua-dua ini kita bersedia,” kata pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pilihan raya umum pada Mac ini meskipin ramai penganalisis berpendapat ia akan diadakan seawal-awalnya akhir tahun ini. Ini kerana Najib dikatakan mahu melihat beberapa projek ekonominya mendatangkan hasil terlebih dahulu.

"Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa pilihan raya umum mesti diadakan setiap lima tahun.

"Kali terakhir, pilihan raya umum diadakan pada Mac 2008 dan pilihan raya seterusnya tidak perlu diadakan sebelum April 2013,” kata Abdul Aziz.

"Tidak terdapat tanda-tanda yang pilihan raya umum akan diadakan... mengapa kita mesti buat spekulasi. Ini bukan sesuatu yang kita buat suka-suka,” katanya.

NONEAbdul Aziz berkata SPR juga belum diberikan dana untuk pilihan raya umum dan jika ia diadakan tahun ini, mereka perlu mengganda usaha mereka.

"Kita perlukan banyak wang, tenaga kerja dan perancangan yang memakan masa berbulan,” katanya.

Menurut Abdul Aziz, 80 peratus daripada tenaga kerja SPR adalah pekerja separuh masa yang membantu sebelum, semasa dan selepas pilihan raya umum.

10 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Baik SPR bersiap kerana pilihan raya ini boleh berjalan bila-bila. PM akan menentukan tarikhnya.

mantra berkata...

walaupun tarikh pilihanrya belum diumumkan, namun persediaan awal perlu ada.

Tanpa Nama berkata...

pembangkang lah yang menimbulkan dan menyebarkan pelbagai spekulasi tidak tepat sehingga mengelirukan orang ramai.

Tanpa Nama berkata...

tarikh belum diketahu tapi yang pasti pilihan raya ini bakal mengambil tempat dalam masa terdekat. oleh itu semua parti yang bakal bertanding perlu mempersiapakan parti dan elakkan menimbulkan sebarang spekulasi yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.

Tanpa Nama berkata...

banyak spekulasi yang menyatakan PRU akan diadakan dalam masa terdekat. tapi itu hanya spekulasi dan belum pasti lagi.

Tanpa Nama berkata...

apa pun, sebaiknya semua parti sentiasa bersedia tidak kira lah bila pun masa PRU nanti.

Tanpa Nama berkata...

persediaan perlu ada walaupun kita belum ketahui bila PRU agar tidak kelam kabut kemudian.

Logop berkata...

Bilalah PM akan menentukan tarikh pilihan raya..

Bujang Senang berkata...

Tidak hairanlah jika bermacam-macam spekulasi keluar tenang PRU13. Inilah yang pembangkang tunggu-tunggu untuk merosakkan keadaan. harap PRU13 nanti akan berjalan dengan baik.

Antanum berkata...

Kita belum mengetahui bilakah tarikh sebenar PRU13. Jika tidak ada persediaan yang dilakukan oleh SPR, sudah tentu tarikh itu masih jauh lagi.