Jumaat, 21 Januari 2011

Speaker: Badrul tipu, SPR diberi notis kekosongan

S Pathmawathy

Speaker dewan undangan negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim mendakwa ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menipu berhubung kehadirannya pada sidang DUN November lalu.

Pada sidang akhbar hari ini, Teng berkata cara Badrul Hisham mempertahankan dirinya sebagai satu pembohongan besar.

NONE"Saya ingin gunakan peluang ini bagi menafikan kenyataan yang dibuat oleh Badrul Hisham yang mendakwa beliau hadir pada majlis perasmian sidang dewan undangan negeri pada 8 November.

"Hanya ada satu majlis pembukaan rasmi. Bagi sesi ketiga sidang dewan undangan negeri ke-12 diadakan pada 12 April dan dirasmikan oleh Sultan Selangor.

“Sidang pada November adalah pembentangan belanjawan tahunan di mana tidak ada pembukaan rasmi diadakan,” kata Teng.

Rabu lalu, Teng mengisytiharkan kerusi Pelabuhan Klang kosong selepas Badrul Hisham gagal menghadiri sidang dewan tanpa cuti sejak 16 Julai tahun lalu.

Teng juga berkata beliau telah mengemukakan notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan kekopsongan kerusi itu hari ini. SPR mempunyai 60 hari bagi mengadakan pilihan raya kecil.

Katanya, memandangkan kerusi itu telah diisytiharkan kosong, Badrul Hisham tidak akan dibenarkan menghadiri sidang dewan undangan negeri pada Isnin ini.

"Hanya ADUN sahaja dibenarkan masuk ke dewan,” katanya.

9 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Sudahlah Badrul, siapa suruh tidak menghadiri persidangan selama 6 bulan lamanya?

Anak Sabah berkata...

Dijangka pilihan raya kecil akan diadakan tidak lama lagi.

Tanpa Nama berkata...

lebih baik buat pilihanraya kecil semula.

samm berkata...

tunggu dan lihat sajalah perkembangan lanjut menganai pekara ini.

Bujang Senang berkata...

Kita tunggu saja apa perkembangan seterusnya. Mungkin ada pihak yang cuba memainkan politik selangor.

Paquin berkata...

Siapa suruh malas hadir persidangan, tengok apa dah jadi. huhu

Paquin berkata...

Apapun kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku nanti.

nickko berkata...

selesaikan masalah ini melalui perbincangan tertutup. jika Teng dan Badrul masing2 menggunakan media untuk mempertahankan pendirian mereka, tidak akan ada penyelesaian yang dapat dicapai malah memberikan ruang kepada pihak lain untuk mempolitikkan isu ini.

elia berkata...

Jika sudah melakukan kesalahan, tidak perlu untuk mempertahankan diri. Bukti ada yang menunjukkan anda bersalah.