Selasa, 18 Januari 2011

Sempena Thaipusam, beberapa jalan sekitar bandar raya di tutup

SELANGOR KINI

KUALA LUMPUR – Sempena perayaan Thaipusam Khamis ini, beberapa jalan sekitar bandar raya akan di tutup secara berperingkat mulai esok berikutan perarakan kereta berhala dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S.Lee ke Kuil Sri Subramaniam di Batu Caves.

Pegawai Gerakan Trafik Kuala Lumpur, Cif Inspektor Mohd Irwan Abd Rahim berkata, penutupan jalan yang terlibat bermula pukul 12 tengah hari hingga 2 petang.

“Perarakan akan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman Jalan Tun H.S Lee, Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Leboh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tun Razak (pusingan U depan Bomba), Jalan Ipoh (Jalan Salleh), Jalan Kovil Hilir, Lorong Kovil Hulu, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves,” ujar beliau.

Mohd Irwan berkata, penutupan jalan untuk perarakan balik pada hari Jumaat dan Sabtu pula bermula pukul 2 petang hingga 3 petang.

“Bermula dari Kuil Sri Subramaniam Batu Caves, Jalan Ipoh 5, Jalan Ipoh, Jalan Perhentian, Lorong Kovil Hulu, Jalan Kovil Hilir, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Sultan, Jalan Hang Kasturi, Jalan Hang Lekir, Kuil Sri Maha Mariamman Jalan Tun H.S Lee,” katanya.

Tambah beliau, laluan yang terlibat akan dibuka semula kepada pengguna selepas kumpulan perarakan berkenaan melaluinya.

10 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Selamat merayakan Thaipusam.

mantra berkata...

perayaan Thaipusam disambut oleh penganut Hindu. Selamat menyambut Thaipusam.

Leo berkata...

Happy Thaipusam to all who is celebrating!

nickko berkata...

kerjasama semua pihak dan semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama amat diperlukan. tunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa perpaduan, keharmonian, kesefahaman dan tolak ansur dikalangan semua lapisan masyarakat di negara ini masih erat dan kukuh. selamat menyambut perayaan Thaipusam...

mike berkata...

selamat merayakan Thaipusam..

mike berkata...

elakkan dari menjadi mangsa copet dan sbgnya..sentiasa berhati-hati kepada semua pengunjung.

Paquin berkata...

Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada semua yang menyambut perayaan ini.

Paquin berkata...

Malaysia memang paling best:) Macam2 perayaan disambut.

Bujang Senang berkata...

Inilah dia 1 malaysia..kepada yang beragama hindu selamt menyambut Thaipusam.

elia berkata...

Bijak untuk memilih jalan yang tidak begitu sesak. Berikan peluang kepada saudara hindu kita untuk meraihkan perayaan mereka.