Rabu, 12 Januari 2011

Saksi kes kematian tahanan polis buat laporan

Regina Lee

Seorang saksi yang mendakwa melihat seorang lelaki dipukul sehingga mati ketika dalam tahanan polis, hari ini membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

NONEDengan diiringi peguam daripada Lawyers for Liberty, N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri, saksi berkenaan, A Sargunan tampil di balai polis Dang Wangi membuat laporan, petang tadi.

Namun, kejadian itu penuh drama apabila rakan-rakan dan ahli keluarga mangsa, M Krishnan juga berkumpul di balai polis itu yang terletak di tengah-tengah ibu negara.

Lebih 20 daripada mereka membawa kain rentang yang tertera “ Keadilan untuk Krishnan” tetapi diarahkan bersurai oleh anggota polis yang sama ramainya.

NONEKetegangan berlaku seketika apabila rundingan dilakukan oleh ahli parlimen Subang R Sivarasa dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam dengan pihak polis. Selepas berunding, mereka dibenarkan menunggu di luar sementara laporan polis dibuat oleh saksi.

Krishnan, 36 tahun, seorang juruelektrik ditahan di Taman Miharja pada 3 Januari lalu kerana disyaki terbabit dengan kegiatan dadah dan direman selama empat hari di balai polis Bukit Jalil.

NONEMenurut saksi, mendiang dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, tiga hari kemudian selepas mengadu sakit perut.

Namun, Krishnan diisytiharkan mati keesokan hari. Pihak hospital melaporkan mendiang mati kerana mengalami luka dalam perut.

Isteri mendiang P Revathi, 38, bagaimanapun menolak laporan itu sebagai mencurigakan.

NONE"Selepas meninggal, bedah siasat dibuat tanpa izin saya. Siapa yang benarkan hospital buat post-mortem? Saya ada enam orang anak, siapa mau tanggung mereka sekarang ini?" soal beliau.

Keluarga mangsa memfailkan satu laporan polis di balai Jinjang, semalam.

Menurut Revathi, tiada seorang daripada ahli keluarga yang mengetahui suaminya ditahan polis. Mereka hanya mengetahui mengenai kematian Krishnan daripada seorang saksi kejadian.Dakwanya, di bilik mayat, beliau terkejut melihat kesan koyak pada rusuk mangsa yang disertai lebam pada mata, dan belakang tubuh yang dipercayai akibat kesan dipijak.

17 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Harap kebenaran akan didedahkan.

Tanpa Nama berkata...

semalin lama makin byk berita mengenai salah lakiu polis terhadap tahanan. perkara ini menyebabkan orang ramai semakin hilang kepercayaan dan hormat kepada pihak polis.

samm berkata...

pekara ini perlu disiasat untuk mengetahui sama ada apa yang didakwakan benar atau tidak.

Tanpa Nama berkata...

kita tunggu apa kesudahannya setelah saksi kes kematian Krishnan membuat laporan polis. kes ini adalah serius kerana melibatkan keganasan pihak polis yang sepatutnya dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan negara.

Tanpa Nama berkata...

jika kes ini tidak diselesaikan, bersedialah kerajaan menghadapi kritikan serta penolakan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan. pembangkang juga tidak akan terlepas mempolitikkan isu ini untuk kepentingan politik mereka.

mike berkata...

nampaknya kes ini ada perkembangan baru..

mike berkata...

diharap keadilan akan dapat ditegakkan..mereka yang bersalah tidka harus dilindungi..

mike berkata...

siasatan yang telus harus dilakukan..diharap kebenaran akan diketahui berikutan dengan perkembangan terbaru ini.

Bujang Senang berkata...

Kesalah polis semakin menjadi-jadi buat masa sekarang ini. Baru-baru ini polis ditahan oleh SPRM kerana rasuah pesalah trafik. Dimanakah sikap amanah polis sekarang?

Bhatera berkata...

Semoga pendedahan akan memberikan atas kematian tahanan polis itu. Polis sepatutnya mendapat pengajaran berhubung masalah ini.

Unknown berkata...

Polis seharusnya lebih berhati-hati bagi menyelesaikan sesuatu kes. Kita tidak mahu perkara sedemikian berulang lagi.

Paquin berkata...

Ni barulah tiada perikemanusian:(
Kesian keluarga mangsa oo..

Paquin berkata...

Keadilan di dunia seolah-olah tidak ada... Makin lama makin banyak kes yang melibatkan polis. Walaupun bukan semua polis jahat, namun kata orang kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Paquin berkata...

Saya harap kebenaran akan ditemukan. Saya percaya Tuhan tu adil:)

Paquin berkata...

Perkara ni harus diberi perhatian sewajarnya. Tindakan tegas harus dikenakan pada anggota polis yang didapati bersalah, biar jadi pengajaran pada yg lain.

Paquin berkata...

Apapun kita tunggu dan lihat sajalah apa perkembangan kes ini nanti.

Gopuk berkata...

Sungguh kejam dan jika itu perbuatan dari kalangan polis, maka imej polis sudah tercemar. Mereka semakin berani untuk bertindak diluar kawalan.