Sabtu, 1 Januari 2011

Sairin dedah adanya ketua kampung terima rasuah

KENINGAU KINI

KENINGAU: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Sairin Hj. Karno mengeluarkan kenyataan mengejutkan pada Rabu bahawa, di Keningau terdapat ketua kampung menerima rasuah.

“Saya dapat laporan,” dedahnya dan meminta ketua-ketua kampung yang lain supaya lebih berhemah ketika menjalankan tanggungjawab.

Sairin berkata, beliau tidak teragak-agak untuk memecat mana-mana ketua-ketua kampung yang didapati terlibat, walaupun mereka bertugas di luar kawasan Dewan Undangan Negerinya.

Katanya, rasuah merupakan amalan tidak bermoral dan pemimpin-pemimpin bawahan seperti Ketua Kampung, seharusnya menjalankan tugas dengan lebih bertanggungjawab.

Sairin yang merupakan Wakil Rakyat Liwan mendedahkan perkara itu, ketika berucap merasmikan majlis Kempen Kebersihan dan Keindahan Bandar Bersama CIMB Bank dan MDK Keningau.

Mengenai majlis itu, Sairin berkata, kekotoran yang berlaku di bandar Keningau berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab di kalangan pengguna.

Katanya, tinjauan yang dibuat mendapati, sikap tidak ambil peduli mengenai kebersihan sudah menjadi tabiat di kalangan orang ramai.

“Mereka suka membuang sampah di merata tempat, berbanding membuangnya di tong sampah yang sudah disediakan,” jelasnya.

Beliau mahu masyarakat di Keningau supaya menanamkan sikap lebih bertanggungjawab dengan menggunakan kemudahan tong sampah yang disediakan dengan sepenuhnya.

Pembantu menteri itu turut mencadangkan kepada pengurusan Majlis Daerah Keningau (MDK), supaya melaksanakan dengan sepenuhnya undang-undang yang sedia ada, seperti menyaman pesalah disamping mengenakan denda serta merta kepada pesalah.

“Sebaiknya siarkan mereka yang didenda atau dijatuhkan hukuman kerana didapati membuang sampah di merata tempat melalui media,” katanya dan menambah, ia bertujuan untuk memberi contoh kepada pelaksanaan undang-undang.

Beliau berkata, masyarakat di Keningau tidak gentar dengan undang-undang disebabkan mereka beranggapan bahawa MDK tidak akan melakukan penguatkuasaan.

Justeru katanya, sudah sampai masa bagi MDK untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang berkenaan. Undang-undang anti sampah menurut Pegawai Eksekutip MDK – Alfian Koroh memperuntukkan undang-undang kepada pesalah sehingga RM20,000 atau dua bulan penjara.

“MDK akan kuatkuasakan undang-undang itu,” Alfian dipetik sebagai memberitahu melalui ucapannya.

Terdahulu, Sairin memuji pengurusan CIMB Bank Berhad Cawangan Keningau, atas keperihatinan badan kewangan itu untuk membantu kerajaan tempatan dalam usaha memastikan bandar Keningau bersih daripada kekotoran.

Sepanjang tempoh setahun ini, CIMB Bank Berhad menaja sebanyak 70 buah tong sampah, yang diletakkan di beberapa tempat strategic bagi memberi kemudahan kepada orang awam untuk membuang sampah.

Bagaimanapun jelas Sairin, kemudahan itu tidak memberi makna jika masyarakat bandar tidak menggunakannya dengan sepenuhnya.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengurus Cawangan CIMB Bank Berhad Alysiusmadi Ali, Pemimpin Kemajuan Rakyat Liawan Rosdi Padiman, Ketua Daerah Keningau OKK Amir Datuk Arif, Timbalan Pengerusi LPPK Sabah Haji Jasni Rahmat serta ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.

29 ulasan:

zam berkata...

ketua kampung atau pemimpin masyarakat yang menerima rasuah perlu dikenakan tindakan dan dipecat.

zam berkata...

rasuah tidak boleh dibiarkan berleluasa. pekara ini perlu dibendung daripada awal lagi sebelum menjadi lebih teruk.

mike berkata...

ketua-ketua kampung yang didapati menerima rasuah harus dipecat dan dihukum.

mike berkata...

seharusnya siasatan harus dilakukan...jangan dibiarkan perkara ini..jenayah rasuah adalah kes yang serius.

mike berkata...

mengenai isu kebersihan, kesedaran orang ramai mengenai pentingnya untuk menjaga kebersihan pekan dan bandar masih kurang..

mike berkata...

oleh itu, orang ramai harus lebih prihatin dengan kebersihan..tidak berguna kemudahan seperti tong sampah disediakan tetapi tidak digunakan.

mike berkata...

diharapkan pihak MDK akan lebih tegas dalam penguatkuasaan undang2..

mandau berkata...

ambil tindakan tegas terhadap mereka yg terima rasuah.

Unknown berkata...

Sungguh mengecewakan untuk mengetahui ada juga ketua-ketua kampung menerima rasuah. Mereka sepatutnya menjalankan tugas mereka dengan lebih bertanggungjawab. Apapun, pastikan mereka yang menerima rasuah dipecat.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Mengenai kebersihan Keningau pula, penduduk haruslah memastikan kebersihan di daerah sendiri. Kekotoran yang berlaku di bandar hanya akan memburukkan nama Keningau. Diharapkan penduduk mengamalkan sikap bertanggungjawab.

Anak Sabah berkata...

Perkara ini patut disiasat dahulu untuk memastikan kesahihanya. Semoga pihak berkuasa akan membuat siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tanpa Nama berkata...

kenapa nk ambil rasuah. wang rasuah tidak ada berkat dan haram.

Tanpa Nama berkata...

kalau laporan sudah diterima, jangan tunggu lama.. pecat saja mana2 ketua kampung yang terbukti menerima rasuah.

Tanpa Nama berkata...

masalah bandar kotor tidak akan selesai walau berapa banyak tong sampah disediakan selagi orang awam terus dengan sikap membuang sampah merata2.. kebersihan bandar adalah tanggungjawab bersama, bukannya sebelah pihak sahaja.

onong berkata...

Ini bukan satu isu baru.

Ezef berkata...

Good work.

Velove berkata...

Bagus. Rasuah adalah jenayah. Jangan biarkan ketua kampung bermaharajalela.

chimchim berkata...

This is indeed a good example.

Nemia berkata...

Bribe should be banished!

Paquin berkata...

Dedahkan ja siapa ketua kampung yang terima rasuha dan kenakan tindakan yang sepatutnya.

Paquin berkata...

Pihak berkenaan harus menyiasat dakwaan yang dibuat dan buatlah apa yang patut. Gejala rasuah harus dihapuskan.

Paquin berkata...

Ketua kampung sepatutnya menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan bukannya sebaliknya kerana ia hanya akan meninggalkan tanggapan yang kurang baik nanti.

Paquin berkata...

Mengenai kebersihan pula, semua pihak harus bekerjasama utk menjaga kebersihan. Takda maknanya jika hanya satu pihak saja yang berusaha kerana akhirnya usaha itu akan jadi sia2.

Paquin berkata...

Oleh itu gunakanlah tong sampah yang disediakan sebaik mungkin.

Unknown berkata...

Semoga setiap ketua kampung akan menjauhi diri dari rasuah. Rasuah adalah musuh kita, jangan terlibat dengannya.

Bhatera berkata...

Kebersihan sesuatu kawasan perlu kita jaga bersama dan bukan satu pihak saja. Jika ini berlaku ramai yang tidak ambil peduli tidak mustahil kawasan tersebut akan menjadi kawasan yang kotor. Maka mari kita sama-sama menjaga kebersihan kawasan kita.

POP berkata...

Memang teruk. Kenalah tukar ketua kampung. Nanti semua penduduk mengikut habislah.

Antanum berkata...

Pada awalnya kena ada siasatan. Seturusnya jika ada bukti yang dapat mendakwah mereka, silalah ambil tindakan yang sewajarnya.