Jumaat, 14 Januari 2011

RAKYAT SUKAU LEBIH BERTUAH!

SABAH KINI

SAYU…Penduduk Pulau Gaya terpaksa mengangkut air dengan menggunakan bot kerana tidak ada bekalan air bersih. Kasim (kanan) sedang memerhati dengan penuh sayu kerana membayangkan para pengundi SAPP yang turut menderita.

Oleh: MEDIA SAPP

PULAU GAYA sebuah pulau yang indah terletak berhadapan Bandaraya Kota Kinabalu, yang jaraknya lebih kurang 5 minit menggunakan bot laju. Dihuni oleh lebih kurang 3,000 orang rakyat tempatan. Mempunyai sekolah menengah dan sekolah rendah Kerajaan dan industri pelancongan yang menjadikan Pulau Gaya sebagai sebuah pulau tumpuan dan diminati oleh pelancong-pelancong asing dan tempatan.

Bukan saja itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri telah mengumumkan rancangan untuk melaksanakan projek resort di Pulau Gaya dengan kos berjumlah RM 75 Juta. Pada kita, ini adalah satu berita baik untuk rakyat Sabah.

Tetapi semua ini tidak ada maknanya jika masalah dan keperluan asas yang dihadapi rakyat setempat tidak dapat diselesaikan walaupun kita sudah mencapai kemerdekaan selama 47 tahun?

Yang menjadi masalah besar penduduk dan pengusaha-pengusaha di Pulau Gaya sekarang adalah ‘Bekalan Air Bersih’! Percaya atau tidak, sehingga ke hari ini penduduk-penduduk Pulau Gaya terpaksa membeli air bersih yang dibawa dengan bot dari Bandaraya Kota Kinabalu dengan harga RM5.00 untuk 100 liter air.

Penduduk-penduduk Pulau Gaya apabila ditemui oleh Pengerusi SAPP Cawangan Sembulan Tengah, Kasim Busok, meluahkan rasa irihati dan mengucapkan syabas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman (BN/UMNO), kerana walaupun baru satu penggal menjadi Wakil Rakyat, telah berjaya melaksanakan 'Projek Salur Air Bawah Tanah Ke Pulau Tg Aru Sukau' yang dijadualkan akan siap dalam pertengahan bulan Jun ini dengan kos RM14.2 juta (rujuk Daily Express 11 Januari 2011).

Rakyat di Pulau Tg Aru, Sukau sudah pastinya berasa bertuah mempunyai Wakil Rakyat yang mengambil berat dan prihatin terhadap masalah mereka dan tidak lama lagi mereka akan menikmati bekalan air bersih melalui sistem pemasangan HDPE.

Menurut Pengerusi Kasim, rata-rata penduduk Pulau Gaya melahirkan perasaan terkilan dan kecewa mengajukan persoalan yang jika di Pulau Tg Aru Sukau, projek salur air bawah laut boleh dilaksanakan oleh Wakil Rakyat Sukau, kenapa ADUN atau Ahli Parlimen N.17 Tg Aru, Datuk Edward Yong dan Ahli Parlimen Putatan, Datuk Marcus Mojigoh hanya berdiam diri dan membiarkan rakyat menderita tanpa air bersih selama ini; sedangkan kawasan Pulau Gaya adalah lebih dekat dari Kota Kinabalu kalau dibandingkan Pulau Tg Aru, Sukau ke Bandar Sandakan.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pulau Gaya byk dihuni oleh PATI, mgkin sebab itu dia kurang diberi tumpuan kerana PATI yang akan dpt manfaat bukan penduduk tempatan.

Unknown berkata...

Penduduk tempatan kah di Pulau Gaya? Atau baru saja menerima Mykad?

Unknown berkata...

Apapun, tahniah kepada Datuk Saddi Haji Abdul Rahman di atas kejayaan menjadi seorang wakil rakyat yang benar-benar berkualiti.

Tanpa Nama berkata...

rata-rata penduduk Pulau Gaya adalah daripada golongan PATI.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menjalankan tugasnya dengan baik dan telah berjaya melaksanakan 'Projek Salur Air Bawah Tanah Ke Pulau Tg Aru Sukau' yang dijadualkan akan siap dalam pertengahan bulan Jun ini.

Unknown berkata...

Mungkin boleh Kerajaan memberi bantuan tapi dengan syarat halau PATI yang terdapat di Pulau itu. Kalau kita menyediakan kemudahan itu maka dengan mudah saja mereka(PATI) menikmati kemudahan yang sama. Maka penduduk perlu membantu kerajaan bagi menangani masalah PATI dikawasan tersebut.

Bujang Senang berkata...

Semoga masalah rakyat dapat diselesaikan dikawasan Pulau gaya ini. Memang Tg Aru, Sukau beruntung dengan wakil yang mengambil berat tentang mereka. Harap Pulau gaya juga akan diberikan perhatian yang sama.

Jason berkata...

Diharapkan kerajaan akan membantu rakyat pulau gaya dalam memberikan mereka air bersih, Jangan biarkan rakyat menderita tanpa air bersih.

Tanpa Nama berkata...

sebaiknya selesaikan dahulu masalah PATI d pulau Gaya.

nickko berkata...

masalah ini telahpun disuarakan oleh ADUN atau Ahli Parlimen N.17 Tg Aru sebelum ini. siapa cakap mereka berdiam diri? SAPP sudah jauh ketinggalan dan disebabkan desakan politik, mereka terus menuduh pihak itu ini berdiam diri sedangkan merekalah yang berdiam diri sebelum ini.

Unknown berkata...

Tidak tersangka pula Pulau Gaya diminati oleh pelancong-pelancong asing dan tempatan. Sedikit menghairankan tetapi tetap bersyukur kerana ada juga orang minat Pulau gaya.

nickko berkata...

sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan, Marcus Mojigoh juga berusaha membantu mengatasi masalah penduduk di Pulau Gaya tetapi keputusan akhir adalah di tangan kerajaan.

Mohd Ishak berkata...

Hampir seluruh Pulau Gaya didiami oleh PATI.

nickko berkata...

walaupun pulau ini sering dianggap sebagai tempat pendatang tanpa izin tetapi kerajaan perlu ingat ramai penduduk tempatan yang tinggal di kawasan berkenaan sejak sekian lama dan mereka memerlukan pembelaan sewajarnya.

nickko berkata...

pembangkang tidak perlulah mempolitikkan isu ini kerana jika kerajaan membangunkan kawasan itu sekalipun, pembangkang akan tetap membangkang atas alasan status warganegara penduduk di pulau itu boleh dipertikaikan.

mike berkata...

"Dihuni oleh lebih kurang 3,000 orang rakyat tempatan."

betulkah rakyat tempatan atau PATI yang ada MyKad?

mike berkata...

mungkin ada rakyat tempatan tetapi yang pasti PATI ada di sana..

mike berkata...

jika ingin bangunkan P.gaya, terlebih dahulu kerajaan harus mengusir PATI dari sana..ianya perlu agar mereka tidak mengambil kesempatan terhadap hak yang sepatutnya hanya rakyat tempatan sahaja patut nikmati.

mike berkata...

bekalan air bersih bukan hanya menjadi masalah di pulau bahkan di pedalaman sabah juga..keperluan asas ini harus disediakan untuk rakyat.

mike berkata...

wakil rakyat di kawasan berkenaan harus proaktif untuk menyelesaikan isu rakyat.

onong berkata...

Kenapa pula rakyat Sukau lebih bertuah?

chimchim berkata...

Come on, too many illegals in Gaya island.

Velove berkata...

Ini bukan persoalan tentiang siapa yang bertuah. Sukau adalah tediri daripada penduduk tempatan manakala ramai warga asing di Pulau Gaya.

Nemia berkata...

There is nothing to be done in Gaya island.

Ezef berkata...

Don't get jealous.

Antanum berkata...

Pastikan projek ini berjaya dan menguntungkan rakyat tempatan dan bukannya PTI. Pastikan itu tidak berlaku.