Jumaat, 7 Januari 2011

PRU-13 awal: Adakah BN sudah bersedia, soal Dr Mahathir

BERNAMA


SHAH ALAM — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pilihan raya umum ke-13 tidak perlu diadakan dalam masa terdekat, meskipun wujud pelbagai isu politik yang hangat pada tahun lepas.

“Sama ada pilihan raya umum perlu diadakan dalam masa terdekat, ataupun tidak, masalah seperti ini (isu politik panas) akan tetap timbul juga.

“Adakah kerajaan bersedia mengadakan pilihan raya umum lebih awal (dalam senario politik sekarang),” katanya ketika ditanya sama ada pelbagai isu hangat yang melanda negara tahun lepas dan awal tahun ini menjadi petunjuk bagi pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Perdana: Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Terdahulu, ketika menyampaikan ucaptama, Dr Mahathir (gambar) berkata semangat perpaduan Melayu menentang Malayan Union pada 1940-an perlu dibangkitkan semula dalam senario politik semasa.

Beliau berkata pada ketika itu, semua orang Melayu, tanpa mengira kedudukan dan ideologi politik, telah bersatu menentang gagasan tersebut yang akhirnya menjadi perintis kepada kemerdekaan Tanah Melayu.

“Orang Melayu tanpa mengira fahaman politik, perlu kembali berpegang kepada semangat perpaduan tulen seperti mana berlaku sewaktu menentang gagasan Malayan Union tajaan British pada tahun 1940-an,” katanya.

Mengulas cadangan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, Dr Mahathir berkata walaupun ia membenarkan orang Melayu menjadi Perdana Menteri dan kaum lain dilantik sebagai timbalannya, namun orang Melayu akan tetap terpinggir.

Beliau berkata ini kerana mereka akan memberi keutamaan kepada merit dan sudah pasti kaum lain akan muncul sebagai yang terbaik, dan akhirnya orang Melayu akan menjadi seperti di Singapura iaitu terpinggir serta ditindas.

“Bukan mahu mengatakan orang Melayu ini tidak berkeupayaan, tetapi kalau nak lihat orang Melayu kita jadi macam di Singapura, undilah parti lawan,” katanya sinis.

16 ulasan:

azman berkata...

semua pihak sememangnya perlu sentisa bersedia tidak kira bila pun PRU akan diadakan.

azman berkata...

yang penting tunaikan tanggungjawab kepada rakyat. rakyat akan memilih parti yang bertanggungjawab dan menjaga kepentingan mereka.

mantra berkata...

rakayt kena pastikan mereka memilih pemerintah yang benar2 tepat dan dpt menjaga nasib mereka.

Tanpa Nama berkata...

DAP menindas orang2 melayu, PKR pula memperlekehkan raja2 melayu manakala PAS pula bertindak menghalalkan apa sahaja tindak tanduk PR. ini adalah bukti Melayu akan hilang di negara ini jika PR memerintah.

Tanpa Nama berkata...

mana2 parti politik sepatutnya telah bersedia dari awal dan tidak patut timbul persoalan hari ini samada telah bersedia atau tidak. pemimpin2 perlu sedar bahawa tanggungjawab mereka memerlukan mereka sentiasa bersedia.

mantra berkata...

walaupun tarikh PRU belum lagi ditetapkan, namun persediaan perlu ada bagi memantapkan jentera parti.

Paquin berkata...

Bersedia atau tak tu, terpulanglah.. Yang pasti semua pihak harus sentiasa bersedia.

Paquin berkata...

Semoga BN dapat membuktikan bahawasanya mereka layak dipilih.

Bhatera berkata...

Saya rasa BN memang telah bersedia untuk PRU13.Mantan PM Dr.M tidak perlu risau, dengan adanya PM kita sekarang Datuk Najib BN pasti telah merancang strategi untuk PRU13.

Anak Sabah berkata...

Harap semua akan bersedia menghadapi PRU-13. Selamat berjuang.

Anak Sabah berkata...

Semoga boleh nampak pertandingan yang adil dan menarik.

Antanum berkata...

Sedia atau tidak sedia, kena bersedia kerana ini akan mempengaruhi pemerintahan seterusnya.

Kurt berkata...

BN will need to buck in fact even the opposition must buck up. Hard to predict who will win at this moment.

Kurt berkata...

But for now it doesn't matter who will win cause what important is that they must work hard to fulfill the past promises they given to the people. Don't let the people down.

Kurt berkata...

I'm sure the people knows what is best for them. Hopefully they will choose wisely based on the performance.

Kurt berkata...

I wonder why Dr. Mahathir is still in the political scene. He should just rest and take a permanent break from politics.