Selasa, 18 Januari 2011

PM di Tenang untuk lawatan sehari

MALAYSIA KINI
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di Labis untuk lawatan sehari di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

NONEKetibaan beliau dengan helikopter khas kira-kira 9.30 pagi itu disambut Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, barisan exco kerajaan negeri dan pemimpin kanan Barisan Nasional (BN).

Pada lawatannya, Najib yang juga Pengerusi BN akan melancarkan Program Jalur Lebar di Pusat Komuniti Felda Chempelak Barat sebelum menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Tenang.

Pada tengah hari, Presiden Umno itu dijadual menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Makan Tengah Hari bersama penduduk kawasan Tenang di Padang Awam Felda Tenang, diikuti majlis ramah mesra bersama masyarakat India di Dewan Serba Guna Majlis Daerah Labis.

NONEPerdana Menteri akan mengakhiri lawatan seharinya ke sini dengan merasmikan bangunan tambahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Labis dan menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina.

DUN Tenang akan menghadapi pilihan raya kecil selepas penyandangnya dari BN Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia pada 17 Disember lalu.

Hari pencalonan ditetapkan pada Sabtu ini manakala pengundian pada Ahad depan.

- Bernama

Tiada ulasan: