Jumaat, 21 Januari 2011

PM: BN kaji fakta DUN P Klang disytihar kosong

MALAYSIA KINI

Perdana menteri Datuk Seri Najib berkata Najib berkata BN perlu menyemak semula peruntukan undang-undang berhubung tindakan speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong.

Teng membuat pengumuman itu berikutan kegagalan penyandangnya Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah semalam.

"Ada percanggahan kenyataan antara speaker dan wakil rakyat berkenaan. Biarlah BN kaji dulu fakta sebelum buat keputusan," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Teng dalam sidang medianya semalam berkata kekosongan kerusi itu berkuatkuasa 16 Jan.

Badrul Hisham dalam kenyataannya pula semalam menafikan dakwaan beliau gagal hadir ke sidang DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah sebaliknya menegaskan telah memberikan surat cuti sakit.

Katanya beliau hanya tidak menghadirkan diri ketika sidang DUN bulan November lepas ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.

Badrul Hisham, yang memenangi kerusi itu sebagai calon Parti Keadilan Rakyat, telah keluar daripada parti itu pada 29 Okt 2009.

Tiada ulasan: