Isnin, 17 Januari 2011

Pinjaman mangsa banjir dilupus

BERNAMA

SETIU - Baki pinjaman tabung bantuan mangsa-mangsa banjir dengan agensi kerajaan akan dilupuskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, penilaian akan dibuat sekiranya barangan yang digunakan untuk perniagaan peminjam seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia musnah dalam bencana banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.

"Pinjaman TEKUN adalah pinjaman kecil untuk bantu penduduk atasi masalah kemiskinan, sekiranya wang pinjaman itu digunakan membeli barang untuk berniaga dan barang itu rosak semasa banjir, macam mana mereka nak bayar.

"Kerajaan memahami masalah seperti ini, jadi baki pinjaman yang ada, kerajaan akan lupuskan semuanya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

10 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Nasib baik kerajaan sanggup melupuskan baki pinjaman tersebut. Ini meringankan beban mangsa banjir.

Tanpa Nama berkata...

ini menunjukkan bahawa kerajaan prihatin terhadap nasib2 peminjam yang ditimpa musibah seperti bencana banjir.

2`OnE RfiQ berkata...

AIM bukan agensi kerajaan...harap maklum semua... AIM hanya swasta..TQ

Tanpa Nama berkata...

selain melupuskan hutang mangsa banjir, kerajaan juga telah memberikan bantuan RM500 setiap keluarga yang menjadi mangsa banjir.

Paquin berkata...

Baguslah kalau baki pinjaman dah dilupuskan. Atleast kurang juga bebanan mangsa banjir.

Paquin berkata...

Keprihatinan seperti inilah yang amat diperlukan rakyat:)

Unknown berkata...

Mungkin kerajaan faham dengan semua itu, maka pelupusan baki pinjaman itu dapat mengurangkan beban rakyat.

zam berkata...

ini langkah yang baik bagi membantu mangsa banjir.

elia berkata...

Satu tindakan yang harus dipuji. Syabas kerana mempraktiskan slogan 1Malaysia yang mana rakyat didahulukan.

elia berkata...

Boleh bayangkan betapa bersinarnya mata para pemimjam yang terlibat. Terlepas satu beban.