Ahad, 30 Januari 2011

Pinda Akta Kerana Rakyat Tolak Media Penipu‏

USTAZ IDRIS AHMAD

Cadangan kerajaan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang lebih komprehensif sehingga tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata, adalah tindakan membalas dendam kepada rakyat yang menolak media Umno yang sarat dengan fitnah dan propaganda Umno semata-mata.

Buktinya ialah laporan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC) antara tahun 2005 hingga 2009 , akhbar The Star daripada 310,000 naskhah kepada 287,000 naskhah (-7.4 per cent), New Straits Times daripada 139,000 naskhah kepada 111,000 naskhah (-20 peratus), Utusan Malaysia daripada 213,000 naskhah kepada 169,000 naskhah (-21 peratus) dan Berita Harian daripada 204,000 naskhah kepada 155,000 naskhah (-24 %). Akhbar Sin Chew sahaja yang meningkat daripada 324,000 kepada 382,000 (+18 %).

Syarikat ini hanya boleh bertahan kerana mendapat sokongan dan tajaan Umno sahaja. Jikalau BN tidak berkuasa di negara ini, maka syarikat ini akan berkubur.

PAS berpendapat ini adalah tindakan untuk memaksa rakyat supaya menerima berita yang datang daripada satu saluran sahaja. Ini adalah tindakan terkebelakang, bertentangan dengan slogan Perdana Menteri yang bercakap mengenai transformasi dan perubahan. Tindakan untuk menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat ibarat menyekat air yang laju.

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib jangan paksa rakyat untuk menerima satu maklumat sahaja. Pepatah Arab ada menyebut “kamu boleh paksa unta pergi minum air, tetapi tidak boleh paksa minum air”


Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat

14 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Rakyat berhak mendapatkan ilmu dan maklumat.

mantra berkata...

kebebasan media perlu ada.

Paquin berkata...

Kebebasan media mmg perlu ada namun haruslah ada batasannya juga:)

Paquin berkata...

Apapun kalau pindaan tu utk kebaikan ramai pihak, apa salahnya kan..

Jason berkata...

The government has no choice but to do it. They should have not crossed the line.

madd berkata...

setuju dengan paquin, jika pindaan itu membawa kebaikan ia adalah wajar.

madd berkata...

pekara ini ada baik dan buruknya. jika benar pindaan ini dilakukan, ia perlulah diteliti dengan sebaiknya terlebih dahulu.

Bujang Senang berkata...

Mungkin itu terpulang untuk rakyat itu sendiri mahu percaya atau tidak..Tidak semua maklumat adalah tepat 100%..Maka pandai-pandailah memikirkan sendiri.

nurfatihah berkata...

Kalau dipinda, maksudnya akan mempengaruhi imej satu parti tersebut.

Antanum berkata...

Akta ini perlu dikaji semula. Jangan sampai ianya akan merosakkan hubungan rakyat dengan kerajaan.

Antanum berkata...

Jika pindaan Akta ini dapat menyelesaikan masalah yang timbul pada hari ini, kenapa tidak? Kita hanya perlu mengkaji semula akta tersebut.

Tanpa Nama berkata...

pindaan ini masih diperingkat cadangan. masih belum diluluskan malah akan mengambil kira pandangan orang ramai. menyentuh kepada isi kandung media, media kerajaan lebih pro berbanding dengan media pembangkang. malah pembangkanglah yang suka membuat fitnah dan mengubah kenyataan untuk tujuan mengelirukan rakyat. sebelum menuduh pihak lain membuat fitnah, cermin dulu diri sendiri. sudah banyak pendedahan dibuat berkenaan dengan fitnah pembangkang.

mike berkata...

ianya masih dalam cadangan.

mike berkata...

walau bagaimanapun, rakyat berhak untuk mendapatkan maklumat..paksaan bukan satu penyelesaian..