Ahad, 30 Januari 2011

Pilihan Raya Sarawak hujung Mac depan ?

Masdarwahid

Disebalik andaian Perdana Menteri, Najib Razak tidak yakin mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat, seorang Ahli Parlimen BN di Sarawak yang menemui Najib baru-baru ini yakin bahawa Pilihan Raya negeri Sarawak bakal diadakan penghujung Mac ini.

Ahli Parlimen Stampin, Datuk Yong Khoon berkata, hasil pertemuannya dengan Najib baru-baru ini, beliau membayangkan pilihan raya negeri Sarawak berkemungkinan diadakan menjelang penghujung Mac depan.

“Perdana Menteri telah mengarahkan kita (Ahli Parlimen) supaya turun padang sehingga ke peringkat akar umbi dan memberikan lebih perhatian kepada rakyat.

“Maka itu, saya merasakan pilihan raya negeri mungkin diadakan pada penghujung Mac,” katanya kepada wartawan di Kuching pada 9 Januari lalu.

Yong, merupakan antara Ahli-Ahli Parlimen Sarawak yang menemui Najib pada 8 Januari lalu, di mana pertemuan satu per satu selama lima minit itu memberi ruang kepada wakil-wakil rakyat berkenaan menyuarakan permasalahan di kawasan masing-masing.

Timbalan Menteri Kerja Raya itu yang juga Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata meskipun Najib tidak mengatakan lanjut mengenai pilihan raya, beliau percaya ia akan diadakan dalam tempoh terdekat.

“Berdasarkan reaksi wajah, percakapan dan bagaimana jawapan soalan yang dikemukakan, mungkin pilihan raya semakin dekat,” kata Yong.

Ditanya mengenai kawasan yang dibawa Yong untuk perhatian Najib, Yong berkata ia lebih kepada pembangunan infrastruktur, menaik taraf jalan kampung dan jambatan, serta masalah bekalan air bersih di beberapa kawasan.

Katanya, semua perkara yang beliau kemukakan kepada Najib adalah memberikan impak besar kepada rakyat.

“Bagi jejambat Jalan Song, tender dibuka pada 27 November dan ditutup pada 23 Disember 2010.

“Kini, tender-tender yang diterima sedang dinilai untuk pelantikan,” katanya.

SUPP, satu dari sekutu BN di Sarawak yang sehingga kini kekal dilanda krisis dalaman yang kian parah.

Najib akan ke Sarawak dalam masa terdekat untuk merasmikan konvensyen SUPP, parti tertua di Bumi Kenyalang kira-kira 10 pagi pada 16 Januari ini.

“Ini adalah kali pertama SUPP menganjurkan konvensyen seumpama ini dengan kapasiti peserta yang ramai.

“Biasanya kami (SUPP) hanya mengadakan TGM (mesyuarat agung tiga tahun sekali).

“Tetapi kali ini disebabkan alasan yang berbeza-beza kami mahu mempertemukan semua ahli (parti) dari seluruh negeri datang ke Kuching untuk (menghadiri) konvensyen besar-besaran ini… dan kami menjangkakan 3,000 hingga 5,000 delegasi akan hadir,” kata George Chan Hong Nam, Presiden SUPP pada 7 Januari lalu.

Pada 23 Disember lalu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya akan mendapatkan bantuan keanggotaan dan logistik daripada Kontinjen Sabah dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang. -

11 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Bersedialah untuk mengundi.

mantra berkata...

pilihanraya negeri Sarawak mmg akan diadakan tk lama lagi, semua parti perlu bersedia.

Paquin berkata...

Tak penting bila tarikhnya, yang penting semua harus bersedia..

madd berkata...

masih belum diketahui bila sebenarnya tarikh pilihanraya negeri Sarawak.

madd berkata...

apa yang penting adalah, semua pihak perlulah sentiasa bersedia.

Brendan berkata...

The possibility is there, since it was a fact that Sarawak must hold their state assembly election this year...

it can be hold next month, or maybe May...we dont know...

but what i can assured is..we will going to see some interesting election in Sarawak this year...

Bujang Senang berkata...

Kita tunggu saja bila tarikh sebenar untuk Pilihanraya Sarawak ini. semoga semua parti bersedia.

mike berkata...

jika benar maka persediaan pilihanraya harus diperkasakan lagi.

Antanum berkata...

Persediaan awal. Inilah masanya rakyat mengenali para calon dan selidik latar belakang mereka.

Tanpa Nama berkata...

mungkin sukar untuk menentukan tarikh yang tepat, tapi yang pasti pilihan raya ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat. oleh itu, semua parti yang bakal mengambil bahagian, kurangkanlah berpolitik dan banyakkan tindakan terutama sekali parti pemerintah.

Antanum berkata...

Diharap semua yang tercalon, dapat memenuhi kehendak penduduk disekitar.