Isnin, 24 Januari 2011

Persidangan hak asasi masyarakat terpinggir

Persidangan ini bertujuan untuk memeriksa sebab musabab kumpulan masyarakat terpinggir dari arus pembangunan negara

KUALA LUMPUR: Masyarakat Sabah dan Sarawak yang berada di sekitar ibu negara dijangka menyertai Persidangan Hak Asasi Manusia

Mengenai Masa Depan Masyarakat Terpinggir dan Minoriti Malaysia yang akan diadakan buat pertama kali di sini hari ini.

Persidangan sehari itu dianjurkan bersama oleh CigMa atau Common Interest Group Malaysia yang diketuai Dr Jeffrey Kitingan, dan

HINDRAF, Persatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU), Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA), Borneo Resources Institute, dan
Yayasan Hak Asasi Manusia yang berpejabat di London.

Persidangan ini diadakan di Dewan Persidangan Cina Selangor. Sebanyak enam kertas persidangan akan dibentangkan mulai jam 9
pagi. Enam kertas ini ialah satu dari Sabah, tiga dari Sarawak, dan masing-masing satu dari masyarakat India dan Orang Asli.

Persidangan ini akan memeriksa sebab-musabab kenapa kumpulan-kumpulan masyarakat Kadazandusun, Dayak, India dan Orang Asli terus-menerus tersisih dari arus pembangunan negara sejak dahulu.

Masyarakat yang ingin menyertai persidangan ini boleh menghubungi setiausah CigMa, Kanul Gindol di talian 013-8972281.

Tiada ulasan: