Sabtu, 1 Januari 2011

Perlantikan SUK baru, Umno-BN sengaja cetuskan kontroversi

MALAYSIA TODAY

Penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 oleh Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN), sekali gus menolak tuduhan liar bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) sengaja mencetuskan kontroversi berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Umno-BN lebih awal meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 demi kepentingan politik mereka.

Menurut Khalid, sebelum ini perlantikan SUK perlu mendapat perkenan Sultan dan Menteri Besar namun sejak dilucutkan kuasa oleh Umno-BN, tiada lagi istilah perkenan Sultan dalam isu perlantikan tersebut.

“Tetapi menerusi isu menghapuskan kekebalan Sultan sejak 1993 oleh Umno, kuasa melantik SUK telah ‘dilupuskan’ daripada Sultan dan Menteri Besar. Sejak itu jelasnya, tiada lagi kuasa sultan dan Menteri Besar untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang selain SUK,” katanya.

Khalid berkata, demikian dalam ucapan ringkasnya di hadapan kira-kira 200 jemaah yang hadir pada satu majlis khas solat hajat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, semalam.

Jelas Khalid, bagaimanapun masih terdapat satu kuasa Menteri Besar, iaitu setiap SUK yang ingin memulakan tugas harus mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar.

Sebelum ini, Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPS, Hamizun Khairuddin menuduh Khalid cuba mempolitikkan pengurusan pentadbiran di negeri Selangor selepas bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor atau JAIS, Datuk Khusrin Munawi dilantik sebagai SUK negeri Selangor.

Hamizun juga dilihat seolah-olah menegakkan benang basah mengatakan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 masih memerlukan pekenan Sultan untuk perlantikan SUK seperti yang dilaporkan Agenda Daily hari ini.

Tiada ulasan: