Ahad, 2 Januari 2011

'PEOPLE POWER PRU13' BN AKAN TUMBANG ?

Oleh: HALIK ZAMAN (sabahkini)

BAHANG pilihanraya semakin terasa kini. Serangan demi serangan, tohmahan demi tohmahan dilemparkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat. Kenapa dan mengapa ia berlaku? Mungkin kerana BN sudah tidak mampu menahan gelombang reformasi yang kini sedang kuat melanda di seluruh Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita harus mempertahankan Malaysia dari terus ‘dijajah’ oleh BN yang begitu rakus memperjudikan kehidupan rakyat Malaysia demi kepentingan para pemimpin UMNO itu sendiri.

Kenaikan harga petrol sekaligus membawa kepada kenaikan kos sara hidup rakyat, yang menanggung derita dan kepayahan adalah rakyat. Para menteri dan kepimpinan tertinggi BN tidak merasa semua kesukaran rakyat kerana hidup mereka senantiasa di limpahi kemewahan duniawi sebab kepentingan mereka lebih banyak percuma dari menggunakan wang sendiri.

Rakyat Malaysia di pedalaman terus-menerus menikmati kehidupan yang sukar walau pun setelah merdeka selama 47 tahun. Kerana apa? Kerana kepimpinan mengamalkan dasar ‘endah tak endah’ kepada keperluan rakyat luar bandar dan pedalaman. Mereka hanya asyik menjaga kepentingan sendiri serta kroni-kroni di bawah ‘belaan’ mereka.

Harus diingatkan bahawa akan sampai suatu masa BN akan memerlukan ‘kuasa undi rakyat’ sebagai penentuan nasib mereka. Perlu juga disedarkan bahawa telah terjadi dalam sejarah politik Malaysia, tsunami politik hebat melanda PRU 12.

BN hampir-hampir tumpas di tangan Pakatan Rakyat. Namun kerana masih ada segelintir lagi rakyat yang masih mengharapkan ‘belanja’ RM300 untuk selama 5 tahun, maka sebab itulah ada lagi undi yang ‘tersedekah’ kepada BN. Kalau mereka diberi kuasa lagi oleh rakyat maka tidak mustahil mereka akan pergunakan kuasa atasan lagi untuk menjajah fikiran rakyat.

Tsunami politik ini hebat bergelora ekoran kembalinya Anwar ke persada politik negara ini. Kelantangan Anwar menentang dasar Kerajaan benar-benar memberikan tamparan hebat kepada kepimpinan BN. Oleh kerana itulah Anwar diperlekehkan, dijatuhkan maruah, diaibkan dan dipermainkan dengan taktik kotor kepimpinan BN. Semua ini dilakukan semata-mata untuk mengurangkan persepsi serta sokongan rakyat terhadap insan yang bernama Anwar Ibrahim serta menghindarkan lebih banyak sokongan dan pengaruh terhadap Pakatan Rakyat.

BN gentar dengan kejayaan untuk menyatukan fahaman di antara PAS dan DAP. BN begitu kecut melihatkan tiga gagasan gergasi ini bersatu di bawah panji-panji Pakatan Rakyat. Penyatuan ini umpama trauma bagi BN. Maka bak kata pepatah Inggeris, ‘By Hook Or By Crook’ Anwar harus ‘di simpan’ kembali di balik jeriji besi

Anwar dan PKR harus dipecah-belahkan untuk mengelak rakyat Malaysia dari terus-menerus menyokong kepimpinan Anwar dan PKR. Maka timbullah pelbagai fitnah yang dihadiahkan khas untuk Anwar. Walau banyak percanggahan dalam bukti, namun BN gagahi juga segala tohmahan ini kerana selagi insan yang bernama Anwar Ibrahim bebas, selagi itulah BN seringkali tidak lena diulit mimpi-mimpi ngeri akan kejatuhan empayar Barisan Nasional.

Segala-galanya bergantung kepada kuasa rakyat ‘people power’ dalam PRU13. Semua kuasa akan tunduk kepada kuasa undi rakyat.


28 ulasan:

zam berkata...

tunggu saja lah PRU 13 nanti. pada masa itu barulah kita tahu siapa yang akan tumbag sebenarnya.

zam berkata...

rakyat sentiasa membuat penilaian. siapa yang mereka rasakan terbaik maka itulah yang akan dipilih nanti.

mike berkata...

yang pasti, rakyat yang menentukan siapa yang akan menjadi kerajaan..

mike berkata...

tunggu dan lihat apa akan berlaku pada PRU akan datang..

mike berkata...

rakyat haruslah menggunakan hak mereka sebaik-baiknya untuk kepentingan negara dan bukannya untuk kepentingan sesetengah ahli politik..

mandau berkata...

BN dilihat makin kukuh. belum tentu lagi dia akan tumbang dalam PRU13.

Unknown berkata...

Ia terpulang kepada rakyat untuk menentukan masa depan mereka dan negara.

Unknown berkata...

Yang penting rakyat haruslah bijak menilai siapa yang layak menjadi kerajaan.

Unknown berkata...

Rakyat juga tidak harus cepat mempercayai mana2x pihak, tidak kira pembangkang atau BN. Lebih baik nilaikan sendiri.

Anak Sabah berkata...

Akhirnya juga rakyat sendiri saja yang mampu menentukannya. Harap para pengundi akan membuat pilihan yang terbaik.

Anak Sabah berkata...

Kita tunggu dan lihat siapa yang akan tumbang nanti.

Tanpa Nama berkata...

keputusan pilihanraya ditangan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

rakyat juga perlu pertahankan Malaysia dari dijajah oleh Pakatan yang terang2 tidak mampu mentadbir negara, tidak mampu menjaga parti sendiri dan terpaksa berganding dengan parti komponen yang tidak sehaluan perjuangannya.

Tanpa Nama berkata...

realiti sekarang BN semakin kukuh manakala PR terutamanya PKR semakin lemah. lihat sahaja kemenangan BN di PRK Galas dan Batu Sapi serta pelbagai program/rancangan kerajaan yang berjaya menarik sokongan rakyat. PKR pula tidak habis2 dengan kemelut dalaman sehingga memaksa ahli2nya keluar parti.

Nemia berkata...

It is too early to figure it out.

Velove berkata...

Setiap parti mempunyai peluang untuk menyakinkan rakyat jika berada di landasan yang betul.

chimchim berkata...

Still a long way to go. Everything is possible.

onong berkata...

Kalau goyah pegangannya maka tumbanglah dia.

wake berkata...

People trust is the most fundamental one.

Unknown berkata...

Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi?

Bujang Senang berkata...

We don't know who will collapse in GE13th. BN or Opposition??People voter determine the winner for GE13th.

Paquin berkata...

Soalan tepat Johnson... Sudahkah anda daftar jadi pengundi? hehe

Paquin berkata...

Sebagai rakyat dan juga pengundi, jalankan kewajipan kita sebaik mungkin. Pastikan apa yang kita mahukan tercapai :)

Paquin berkata...

S/ada BN akan tumbang pada PRU 13 nanti sukar diramal kerana senario politik sememangnya sukar dijangka.

Paquin berkata...

Apa yang pasti rakyat adalah penentu segalanya.

Paquin berkata...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku nanti.

Unknown berkata...

Siapa yang akan tumbang BN atau Pembangkang. Sudah pasti BN akan mempertahankan kubu mereka dari Pembangkang.

Antanum berkata...

BN pasti tahu dimana kelemahan dan kelebihan mereka. Jadi adalah lebih baik jika mereka mencari alternatif untuk mempertahankan kelebihan mereka disamping memperbaiki kelemahan mereka.