Khamis, 20 Januari 2011

Peneroka dakwa pelajar terlibat kempen Tenang

MALAYSIA KINI

Seorang peneroka Felda membuat laporan polis mendakwa sekumpulan pelajar sekolah tingkatan empat dan lima terlibat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Peneroka Felda Bukit Batu, dekat Kulai, Norzaidi Rahamat mendakwa beliau mendapati perkara itu apabila ternampak kumpulan itu menunggu bas untuk ke Felda Cemplak Segamat - tempat lawatan Datuk Seri Najib Razak semalam - untuk berkempen.

NONEDalam kejadian kira-kira jam enam pagi itu, Norzaid, 43, yang juga ahli jawatankuasa (AJK) Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) - NGO yang rapat dengan PAS - menjelaskan beliau ketika itu sedang pulang dari masjid.

Kesemua mereka berpakaian biasa dan disertai ketua kampung dan AJK Felda Bukit Batu, dakwanya lagi.

"Laporan ini dibuat untuk tindakan pihak yang berkuasa supaya di masa akan datang tidak berlaku perkara seperti ini," laporan polisnya dipetik.

Aduan itu didedahkan oleh Ketua Penerangan PAS Johor Mazlan Aliman dalam sidang medianya pagi tadi. Norzaidi tidak hadir dalam sesi itu.

Tiada ulasan: