Selasa, 18 Januari 2011

Penafian Serlah Sikap Pura-Pura Markom

SELATAN ONLINE

SHAH ALAM : Alasan Markom Giran bahawa ucapannya kepada guru-guru sekitar Labis baru-baru ini bertujuan berkempen untuk Barisan Nasional(BN) ditempelak Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Salahuddin Ayob berkata beliau cukup yakin Markom mengunakan platform itu untuk berkempen bagi Barisan Nasional dan hari ini dia menafikan apa yang dia buat dan itu saya rasa itu adalah sikap kepura-puraannya untuk menafikan apa yang telah dibuat.

Salahuddin kesal kerana sehingga ini Kementerian Pelajaran tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Markom.

"Apa yang kita boleh harapkan daripada pihak Kementerian Pelajaran yang sudah tentu akan menyokong dia, jadi kita akan terus memantau dengan lebih spesifik dan fokus terhadap isu ini dan tunggulah beberapa tindakkan yang akan diambil," katanya.

Malaysiakini memetik Markom sebagai mendakwa kakitangan awam tidak seharusnya menentang kerajaan, tetapi mematuhi apa juga dasarnya.

Namun beliau mencabuli peraturan am yang tidak melarang mana-mana pegawai kerajaan untuk memilih mana sahaja parti yang ingin di sokong selagi ia tidak menjejaskan usaha melaksanakan tanggungawab mereka,

"Dia memperbodohkan dirinya sendiri dan dia kini terbelit dengan kenyataannya sendiri sebenarnya, dia juga tidak dapat lari dari ucapannya itu, kita akan pastikan dia diambil tindakan atas apa yang dia telah lakukan," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Ucapan Markom sebelum ini dirakam mengarahkan guru-guru untuk memastikan kemenangan Umno-Barisan Nasional pada PRK Tenang.

Tindakan Markom mengeluarkan arahan sebegitu ditegur oleh Suruhanjaya Pilihanraya namun setakat ini Kementerian Pelajaran tidak mengambil sebarang tindakan,

Markom pula memberi alasan cetek disebalik ucapannya itu.

Beliau mendakwa memberikan ucapan itu hanya kerana mahu mengenalpasti kecenderungan politik para guru untuk memastikan mereka "menyokong dasar kerajaan.

Tiada ulasan: