Sabtu, 15 Januari 2011

Pejabat ‘First Lady’ di Jabatan Perdana Menteri untuk Rosmah

ANAK SUNGAI DERHAKA



First Lady of Malaysia (FLOM) Division atau Bahagian Wanita Pertama Malaysia di Jabatan Perdana Menteri diwujudkan bagi tujuan untuk menjaga urusan Rosmah selaku isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya sebagai First Lady dan premis itu tiada kena mengena dengan Permaisuri Agong.

Perkara ini telah disahkan oleh seorang Pegawai Wanita yang bertugas di situ. (sila baca di SINI)

Ini secara tidak langsung bembenarkan spekulasi yang mengatakan segala keputusan Najib dipengaruhi oleh Rosmah dan memang Rosmah mempunyai pejabat di Jabatan Perdana Menteri itu..

Maksud wanita pertama atau dalam bahasa inggeris First Lady adalah “The wife or hostess of the chief executive of a country, state, or city” dimana kalau dialih bahasa ke bahasa Malaysia bermaksud isteri kepada Ketua sesebuah negara seperti President, Raja ataupun Perdana Menteri. Ini bermaksud, mana – mana isteri kepada ketua sesebuah negara, dia akan automatik menjadi wanita pertama negara tersebut. Sebagai contoh wanita pertama negara Amerika Syarikat adalah Michelle Obama yang merupakan isteri kepada Presiden Barrack Obama.


Dan dinegara kita ini adalah jelas menurut Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Oleh kerana Yang DiPertuan Agong mestilah seorang lelaki maka isteri baginda menjadi Permaisuri Agong dan bagindalah yang menurut Perlembagaan memegang gelaran Wanita Pertama Malaysia bukannya mana-mana pihak lain,"

Pendedahan oleh edyesdotcom.blogspot.com (di SINI) mengenai kewujudan satu Divisyen atau Bahagian yang mana didalamnya terdapat beberapa orang yang terdiri daripada Pegawai Khas, Pembantu Peribadi,Dua orang Penolong Pegawai Tugas Khas dan diletakkan dibawah pentadbiran Pejabat Perdana Menteri menunjukan kepada kita bahawa Najib bersetuju secara tidak langsung untuk meletakkan Rosmah sebagai “First Lady Of Malaysia”.


Sila lihat di SINI untuk lebih jelas.

Untuk apakah diadakan Bahagian itu dan apakah kepentingan bagi Negara dan apakah Bahagian ini perlu diadakan sehingga ianya ditubuhkan dan diletakkan sebaris dengan bahagian-bahagian lain di Jabatan Perdana Menteri?

Berapa banyak wang pembayar cukai telah digunakan untuk membayar gaji enam orang kakitangan hanya untuk membayar gaji mereka semata-mata untuk menjaga urusan Rosmah selaku isteri Perdana Menteri, yang pasti ianya bukanlah RM1 Ringgit sebulan.

Selain dari menyalahguna kuasa sebagai Perdana Menteri dengan menggunakan harta dan sumber Negara bagi membiayai beberapa orang kakitangan semata-mata untuk menjaga urusan Isterinya Rosmah, Najib juga bersekongkol dengan Isterinya Rosmah melanggar peruntukan Perlembagaan dan menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong sebagai Ketua Negara.

Tidakkah tindakan Najib ini membelakangkan Raja Permaisuri Agong yang jelas termaktub di dalam perlembagaan sebagai “First Lady Of Malaysia” atau Wanita Pertama Malaysia ini satu bentuk penderhakaan kepada Yang Di-Pertuan Agong juga?

Untuk apa kita rakyat Malaysia membayar beberapa orang Pegawai bagi membantu urusan Isteri Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang tiada kaitan dengan beliau kerana beliau hanyalah seorang Isteri Perdana Menteri yang bukannya seorang Menteri? yang jelas hanya satu pembaziran…

Semua orang tahu Datin Rosmah ialah Isteri kedua Dato Seri Najib. Wanita yang pertama bertakhta di hati Najib ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan.

Puteri Zainah adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.

Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, Puteri Norlisa dan Mohd Nasifuddin.

Sebelum Datin Rosmah Mansor menjelma dalam hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah.

Rosmah harus sedar bahawa walaupun dia kini telah menjadi satu-satunya wanita yang sering berada di samping Najib, Dia tetap bukan wanita Pertama Negara.

Rosmah hanyalah seorang isteri kepada Perdana Menteri sahaja dan tidak layak menganggap dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia atau "First Lady".

Wanita Pertama Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan tidak boleh mana-mana pihak membuat tuntutan ke atas penghormatan itu hatta isteri Perdana Menteri sekali pun.

Dalam konteks gelaran Wanita Pertama Malaysia usaha meletakkan gelaran itu pada bukan yang hak adalah sesuatu yang tidak bermoral dan tidak bersopan.

Dan Professor Aziz Bari dalam kenyataannya juga telah mempertikaikan kewajaran Rosmah mengaku dirinya sebagai wanita Pertama Malaysia..

Tiada ulasan: