Sabtu, 8 Januari 2011

Pecat Ketua Kampung, BN Sabah Dalam Bahaya?

Oleh: SHAIMON S JUMADI (sabahkini)

TINDAKAN Wakil Rakyat kawasan Labuk, Datuk Michael Asang yang memecat dua orang Ketua Kampung Kepurun, Yutakim dan Ketua Kampung Lumau, Yulit tanpa sebarang notis telah dikutuk secara habis-habisan oleh 70 peratus penyokong Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO dan PBS di kawasan itu.

Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Beluran yang juga selaku Bendahari Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Labuk Sugut, James Miki (gambar sisipan) yang menerima aduan daripada kedua-dua mangsa tersebut mendakwa, mereka berdua dipecat daripada jawatan tersebut tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Dalam hal ini, kata James, Michael hendaklah menjelaskan kepada rakyat dan pengundi di kawasan Labuk mengenai pemecatan mereka berdua.

James berpendapat, ekoran tindakan Ketua Bahagian PBS itu membuang kedua-dua pemimpin masyarakat kampung yang berpengaruh di kampung mereka, sedikit sebanyak telah mencemarkan reputasi BN dan UMNO terutama sekali mengguris hati ahli-ahli UMNO di kawasan Beluran.

Sepatutnya tambah James, Michael tidak boleh bertindak terburu-buru memecat kedua-dua ketua kampung itu kerana pilihanraya umum yang ketiga belas (PRU ke 13) sudah semakin hampir.

“Perbuatan buang membuang Ketua Kampung adalah tidak tidak berperikemanusiaan dan barbarian walaupun mereka melakukan sebarang kesalahan. Mereka hendaklah diberikan surat tunjuk sebab kerana mereka tidak boleh dipecat dan bukannya pecat dahulu baru disiasat,” ujar James yang kesal kerana sukar untuk memujuk kembali rakyat yang terguris hati kerana kedua mereka telah banyak jasa kepada kampung masing-masing.

Tambah James lagi, memandangkan kes ini bukan merupakan kes terpencil, maka beliau meminta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman dan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan supaya campur tangan dan menasihati ADUN itu agar jangan mengikut perasaan dan sewenang-wenangnya melakukan pembuangan ketua-ketua kampung di musim ini bagaikan membuang sampah sarap kerana ini akan menjadi punca kemarahan para penyokong BN/PBS dan UMNO di Beluran.

Sementara Ketua Kampung Kepurun, Yutakim yang dihubungi oleh wartawan kanan Sabahkini.Net antara lain menjelaskan, sekiranya pucuk pimpinan Barisan Nasional Negeri khususnya, Ketua Menteri Sabah masih mengekalkan Datuk Ronald Kiandee dan Datuk Micahel Asang pada pilihanraya umum akan datang, kedua-dua mereka akan tewas dengan mudah, bukan kerana kekuatan Pakatan Rakyat tetapi kerana kekejam BN.

Kata Yutakin lagi, Pengerusi Barisan Nasional Sabah sewajarnya akur dengan calon yang dicadangkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Labuk-Sugut, merangkap Ketua Bahagian UMNO Beluran sekiranya BN ingin mengekalkan kedua-dua kerusi berkenaan.

Sabahkini.net akan berusaha untuk mendapatkan pandangan Ketua UMNO Bahagian Beluran, James Ratib untuk mengulas kenyataan James Miki berhubung kes pembuangan Ketua Kampung baru-baru ini dan seorang Ketua kampung serta dua orang Wakil Ketua Anak Negeri yang bakal dipecat dalam masa terdekat.

23 ulasan:

zam berkata...

mungkin ada sebab mengapa tindakan tersebut diambil.

zam berkata...

sebaiknya penjelasan dapat dibuat berhubungan dengan pekara ini. ini bagi membolehkan penduduk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Tanpa Nama berkata...

pemecatan haruslah disertai sebab dan alasan agar tidak timbul salah faham dak kekeliruan.

Tanpa Nama berkata...

sebelum membuat sebarang spekulasi eloklah jika pihak yang berkenaan mendengar dahulu penjelasan dari Wakil Rakyat kawasan Labuk.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula jika ketua kampung itu tidak menjalankan kewajipan atau tanggungjawab mereka dengan baik? perlukah mereka dipertahankan? dalam hal ini kita tidak boleh hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja.

Anak Sabah berkata...

Michael patut memberi penjelasan mengapa dia buat begitu. Mungkin kena juga meminta maaf.

mandau berkata...

mgkin ketua kampung itu dipecat kerana mereka tidak menjalankan tugas dgn baik. namun bagaimanapun, mereka juga harus diberikan penjelasan atas pemecatan mereka agar hak2 mereka terjaga.

Velove berkata...

Apa kaitan pemecatan ketua kampung dengan BN?

Antanum berkata...

Kedudukan BN sudah sememangnya di level yang bahaya. Jika mereka tidak mencari alterntif untuk memperbaiki hubungan mereka dengan rakyat, tunggu sahaja perubahan tampuk kepimpinan yang akan berlaku pada PRU nanti.

Paquin berkata...

Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Saya yakin ada la bah yang tak kena tu kalau sampai kena pecat.

Paquin berkata...

Hal ni harus disiasat sedalam mungkin dan perjelaskan kepada umum bagi mengelakkan salah faham berlaku.

Paquin berkata...

Jadi Datuk Michael pun haruslah tampil perjelaskan tindakan yang dibuat :)

Paquin berkata...

Tapi mungkin juga ada baiknya kalau orang di kampung (yang ketua kampungnya kena pecat) disoal mengenai kepimpinan ketua kampung mereka... Mana tau mmg ada yang tak kena. hehe

Paquin berkata...

Apapun kita tunggu dan lihat sajalah nanti... Saya cuma harap hal ni dapat diselesaikan dengan baik.

chimchim berkata...

BN has nothing to do with the sacking of village chiefs.

Bujang Senang berkata...

sekurangnya bagi notis sebelum memecat mereka ini. Kita tidak boleh memecat tanpa sebab munasabah. Ini akan menimblkan persoalan dari pihak lain.

Bujang Senang berkata...

Jika ada sebab pun berikanlah masa untuk mereka bersedia dan bukan secara mengejut memecat mereka. Mungkin dengan tindakkan ini akan melemahkan BN dikawasan tersebut. Maka penjelasan perlu bagi menangani masalah ini.

Unknown berkata...

Kita harapkan semoga masalah ini akan dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Sekurangnya berikan sebab kenapa mereka ini dipecat.

onong berkata...

Kalau memang ketua kampung tu bermasalah, takkan nak salahkan orang yang membuangnya pula?

Ezef berkata...

I gotta agree with you nong. We need to be firm and determined. A hoax should be sacked.

wake berkata...

Good people will stay, don't worry.

Jason berkata...

Explanation should be given. They ought to know why he was fired.

Jason berkata...

I hope Micheal didn't simply fired him without any good reason or else BN will surely lose a lot of supporters.